Monday, September 16, 2013

Teruk Sangat Ke Bersuamikan Orang Tua?



Persoalan itu lahir dari pemikiran ‘Anti Lelaki Tua’. Perasaan tak puas hati itu diluahkan di laman kaunseling. Menarik juga untuk dikongsikan bersama. Sebelum pakar menjawabnya, izinkan aku mencelah dulu!. Jika ada rupa yang menarik, pergunakan aset itu dengan sebaiknya. Moga apa yang boleh diraih itu berbaloi. Mesti ada vision kerana itu adalah pilihan kita sendiri...

[1]. Pertamanya itu adalah jodoh, ini semua ketentuan tuhan. Tapi jangan pula membencinya, selalunya yang dibenci itulah jodoh kita.
[2]. Orang tua ni pendapatannya stabil, harapkan kacak saja poket kosong apa gunanya?.
[3]. Orang tua lebih 'caring' dan bertanggungjawab.
[4]. Orang tua juga penyabar dan paling mustahak, lambat panas lambat sejuk!

Biarlah apa orang nak kata,  seperti biasa, pandangan masyarakat kita ada kalanya skeptikal dan sentiasa berfikiran negatif apabila membicarakan tentang hubungan wanita muda bersama lelaki tua. Kata mereka, jika wanita muda berkahwin dengan lelaki berusia semuanya berlandaskan materialistik. Pedulikan apa orang nak kata, jika kita kesempitan hidup, ada ke orang ini kan bantu kita?

Dipaparkan beberapa contoh terbaik;


[1]. Mas anizan, 19, kahwin dengan lelaki berusia 25 tahun lebih tua darinya. Sepanjang 15 tahun melayari bahtera perkahwinan sebelum suaminya, Datuk Ali Bapoo meninggal dunia tahun lalu merupakan tempoh yang cukup bahagia untuknya.
[2]. Zizie, 32, dan Bung Mokhtar, 51, walaupun didakwa tuduhan berpoligami dan bernikah tanpa kebenaran pendaftar, sekarang ni hidup bahagia tinggal di banglo mewah mereka di Gombak. Orang poltik pulak tu!
[3]. Kenal dengan lelaki berjanggut di antara 3 wanita itu? Beliau adalah Ustaz Azhar Idrus, 50, (UAI) seorang penceramah bebas popular. Ada juga menggelarnya Uztaz YouTube. Bernikah dengan Izyan, 27, (kiri UAI) baru bernikah pada 26 Mei 2013 lalu. Merasa juga dia naik Ferrari!

Sekurang-kurangnya mereka ada... ko ade? 
Lihat apa kata dari 'ANTI LELAKI TUA'... terfikir juga, jangan-jangan dia kot?

Rakan cintai lelaki berusia

Saya mempunyai seorang kawan perempuan yang umurnya beberapa tahun lebih tua daripada saya. Dia seorang yang baik hati juga cantik. Anugerah itu menyebabkan ramai lelaki suka kepadanya.

Sesuatu yang saya tidak gemar mengenai dirinya ialah dia suka kepada lelaki yang sudah berusia.

Kini, dia menjalinkan perhubungan serius dengan seorang lelaki yang jauh lebih tua darinya dengan perbezaan usia hampir 20 tahun. Mereka kini dalam perancangan untuk berkahwin.

Apa pandangan Dr mengenai wanita yang jatuh cinta dengan lelaki yang jauh lebih tua? Saya mempunyai persepsi bahawa lelaki tua yang inginkan wanita muda sebagai seorang yang tidak sedar diri dan gatal. Lagipun, saya takut nanti perkahwinan kawan saya tidak bahagia.

ANTI LELAKI TUA,
Selangor.

Jawapan;
Jelas sekali, cinta tidak mengenal usia dan rupa. Rakan adik mempunyai sebab tersendiri mengapa dia mencintai lelaki yang jauh lebih berumur darinya berbanding lelaki muda.

Menerima dan menghormati percintaan kawan adik dengan lelaki tua itu dengan hati terbuka boleh mengurangkan persepsi negatif. Begitu juga mendoakan kebahagiaan kawan adalah satu kegembiraan dalam hidup seseorang.

Dr menghormati pandangan adik yang berpendapat lelaki tua ingin wanita muda sebagai seorang tidak sedar diri.

Setiap individu mempunyai pandangan tersendiri mengenai perkara ini. Gatal dan tidak sedar diri adalah sifat manusia. Ia boleh wujud pada sesiapa tanpa mengira tua atau muda.

Pandangan Dr terhadap wanita muda yang bercinta atau berkahwin dengan lelaki jauh lebih berumur ialah soal jodoh.

Seperti mana perhubungan lain, jika dua pihak komited dalam mengharmonikan perhubungan itu, tanpa mengira perbezaan umur, cinta akan mekar dan harmoni.

Ini boleh menjawab kerisauan adik mengenai sama ada rumah tangga kawan adik itu kelak akan menghadapi masalah atau tidak.

Namun, perhubungan sebegini perlu kuat menahan dugaan kerana pelbagai
tanggapan dan tohmahan akan muncul.

Ini kerana percintaan antara wanita muda dengan lelaki yang jauh berumur tidak selalu berlaku walaupun semakin diterima. Perbezaan umur juga boleh menyebabkan perbezaan dari segi minat dan aktiviti sosial.

Kawan sejati adalah kawan yang turut menangis apabila kawan sedih dan tertawa melihat kegembiraan rakannya.

Semoga adik adalah kawan sejati itu dan sentiasa mengharapkan sinar mentari akan menyinari kehidupan kawan adik bersama lelaki tua yang adik anggap sebagai gatal dan tidak sedar diri itu.


 Ini pula cerita sebaliknya... idam pucuk muda! [klik sini].


No comments:

Post a Comment