MINYAK naik 20
sen seliter. Kerajaan kata ini tidak akan membebankan rakyat. Kenaikan itu agak
tinggi dan boleh membebankan rakyat yang sudah pun terbeban dengan masalah
harga barang keperluan harian yang melambung tinggi sedangkan gaji dan
pendapatan keluarga masih ditahap hampir-hampir termasuk didalam kategori
sebagai rakyat termiskin di negara ini.
“Ia
tidak memberi kesan drastik kepada kos perniagaan, hanya sekitar 0.1 hingga 1.3
peratus sahaja,” kata Pak Menteri yang jaga harga ayam.
Pengusaha
pengangkutan pula kata, kenaikan tersebut membebankan. Mereka menjangka akan
menaikkan kos pengangkutan @ tambang antara 5 hingga 30 peratus. Akhirnya
rakyat biasa yang akan membayar lebih.
Ketahuilah
bahawa harga barang-barang keperluan akan dinaikkan berperingkat-peringkat
tanpa disedari seperti dinaikkan 5 sen atau sepuluh sen sehari atau seminggu
atau pun sebulan setiap kali dinaikkan harga tanpa membuat pengumuman secara
rasmi.
Peniaga boleh
naikkan harga atas alasan minyak naik. Hatta goreng pisang, goreng cempedak,
goreng keledek pun akan naik harga walaupun makanan itu digoreng menggunakan
minyak masak, bukan pakai minyak RON95. Sebabnya, ia bukan barang kawalan.
Jangan terkejut
nanti, sekiranya nanti ada menteri yang berkata:
-Jika nasi lemak dan roti canai naik
harga, boikot! Ganti makanan lain!
-Jika gula naik, jangan makan banyak
nanti kena kencing manis. Potong kaki.
-Jika beras naik, jangan makan
berlebihan, nanti cepat gemok. Tak comel.
-Jika Ikan naik, jangan makan ikan
tukar menu lain
-Jika Ayam naik, makan daging
-Jika daging naik! Kepala hotak
hang! Woit.. cucup-cucup lah... nanti jangan sampai orang kata Menteri Cap
Ayam! Kalu macam ni la jawapan nak mengelat, Pak Hamid Gurkha pon pandai
jawab...
Diharap pihak
kerajaan dan pihak swasta hendaklah mengambil contoh sebagaimana negara-negara
maju. Lihat Jepun, Singapura atau Hong Kong dan bandingkan dengan kita.
Walaupun kos kehidupan di sana tinggi tetapi rakyatnya masih mampu tersenyum
kerana apa juga kenaikan kos dapat diseimbangkan dengan pendapatan pekerjanya.
Malaysia sebagai sebuah negara yang menuju ke arah negara maju hendaklah juga
ikut teori ini kalau mahu melihat kita berjaya dan tiada menghadapi masalah
pada masa akan datang.
Dalam masa
yang sama benteraslah rasuah habis-habisan tanpa mengira sesiapa sahaja dan apa
juga kedudukan mereka. Untuk menjadi sebuah negara maju syarat utamanya
benteras rasuah; kedua benteras pendatang asing secara berterusan; ketiganya
benteras jenayah habis-habisan kerana jenayah juga boleh mendatangkan musibah
kepada pentadbiran dan ekonomi negara dan akhir sekali benteras masalah sosial.
Keempat
Kerajaan hedaklah mengkaji semula dan memperbaiki sistem pentadbirannya agar
lebih kemas dan bersistematik dan wajar menirunya daripada negara-negara yang
jauh lebih maju daripada kita dan akhir sekali naikkanlah gaji pekerja mengikut
keadaan kos kehidupan semasa.
PM DS Najib
Razak membelanjakan hampir RM44.071 juta untuk rombongan ke luar negara dalam
tempoh lima tahun bermula Mac 2008 hingga Mei 2013. Demikian dimaklumkan oleh
Menteri di Jabatan Perdana Menteri DS Shahidan Kassim. Itu semua rakyat yang
tanggung. Apa hasil nya? Elek.. puchik!
Kita kaya
dengan sumber alam dan jika sekiranya kita tahu untuk dimulakan dan dimana, Insya-Allah
rakyat akan terbela dan kerajaan akan disanjungi rakyat nanti kerana ini satu
amanah perlu ditunaikan.
No comments:
Post a Comment