Hiasan |
Kisah lelaki mati atas perut!. Ini kes banyak dah
berlaku, satu masalah Global sebenarnya!. Ini bukanlah kerana wanita itu hebat
di ranjang, tapi masalah kesihatan, almaklumlah enjin lama. Pengambilan pil
perangsang seperti Viagra atau ubatan kuat seks dari China misalnya amat
berbahaya pada usia tua.
Orang berkata, sifat lelaki ni, tidak kiralah
berapa usianya, selagi mampu mengangkat tangannya sendiri, bererti keinginan ke
arah hubungan intim pasti ada. Serios!. Ada lebih baiknya gunakan kaedah
tradisional...
[1] Ambil 2 biji telur ayam kampung, 1 sudu
perahan jus limau dan 2 sudu madu asli. Campurkan dan Minum. Amalkan 2 kali
seminggu. Atau
[2] Cuba jamu gendong yang popular di Indonesia.
Sekurang-kurang terdapat 5 bahan campurannya. Jika anda di KL boleh dapatinya
di Chow Kit. Aku dah try, berasap telinga dibuatnya... huhu.
Si Penjual gimana Kang Mas? |
Lelaki Meninggal Lepas
Berasmara
Muar:
Seorang lelaki warga emas ditemui mati dipercayai akibat serangan jantung
selepas mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita yang baru dikenalinya di
sebuah hotel bajet di Jalan Meriam di sini, semalam.
Lelaki
berusia 66 tahun itu yang juga seorang pekebun dikatakan tidak sedarkan diri di
bilik di hotel bajet terbabit pada kira-kira jam 10.20 pagi.
Sumber
memberitahu, mangsa sebelum ini kerap mengunjungi hotel bajet itu untuk tujuan
sama.
Katanya,
sekitar jam 10 pagi, warga emas itu dilihat memasuki sebuah bilik di situ untuk
bertemu seorang wanita.
“Bagaimanapun,
kira-kira 20 minit kemudian, warga emas itu pengsan sebaik selesai mengadakan
hubungan seks dengan wanita terbabit.
“Wanita
terbabit yang panik segera memaklumkan majikannya yang kemudiannya menghubungi
ambulans untuk bantuan kecemasan,” katanya.
Mangsa
bagaimanapun disahkan sudah meninggal dunia ketika diperiksa kakitangan
perubatan.
Difahamkan,
lelaki itu yang berasal dari Kampung Baru Estet Kim Kee, Bukit Pasir, dekat
sini, itu masih bujang dan tinggal sendirian.
Timbalan
Ketua Polis Daerah Muar Superintendan Sahadan Jaafar ketika dihubungi
mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian terbabit.
“Mangsa
disahkan mati di hotel berkenaan dan mayatnya dibawa ke Hospital Pakar Sultanah
Fatimah (HPSF) Muar untuk bedah siasat.
“Siasatan
awal di lokasi kejadian tidak menemui sebarang unsur jenayah. Kes
diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. - HMetro
No comments:
Post a Comment