Monday, October 28, 2013

Najib: Potongan Subsidi Gula Baik Untuk Kehidupan Seks Anda...




Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempertahankan langkah kerajaan memansuhkan subsidi gula berkuatkuasa hari ini, dengan mengingatkan bahawa pengambilan gula yang berlebihan boleh menjejaskan kehidupan seks seseorang.

"Sepatutnya sejak awal kerajaan tidak beri subsidi gula. Apabila subsidi dikurangkan (dimansuhkan), ini adalah masa untuk masyarakat kurangkan penggunaan gula dalam pemakanan," katanya

Berucap merasmikan persidangan perwakilan nasional Gerakan hari ini, beliau berkata, ia merupakan tambahan kepada simpton akibat kencing manis, sepertimana yang dinyatakan dalam ucapan bajet kelmarin, seperti kabur penglihatan, gangren dan pergantungan kepada mesin dialisis.

Bajet 2014 Harga Gula Naik RM 0.34sen | Selepas Rakyat mendengar pembentangan dalam Bajet 2014 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa harga gula akan naik dari RM2.50 sekilogram kepada RM2.84 sekilogram, berkuatkuasa pada Sabtu (kelmarin).

Petikan dari mStar

“Bagaimanapun, kita kena lihat dari sudut positif, bagi pemansuhan subsidi gula tersebut… kerajaan dapat menjimatkan perbelanjaan sebanyak RM64.02 juta bagi tahun 2013 dan RM551.25 juta pada 2014.

“Ini bermakna ada penjimatan wang kerajaan dengan penurunan subsidi. Lebihan (penjimatan) ini nanti dapat digunakan untuk pembangunan dan struktur-struktur yang lain,” katanya kepada pemberita selepas pembentangan Bajet 2014 di Parlimen di sini, Jumaat.

“Kita mahu rakyat hidup sihat. Hari ini ramai yang kena penyakit kencing manis kerana berlebihan gula. Dan ini kita perlu lihat secara positif.

“Saya menyeru agar kita bersama-sama jaga kesihatan, kurangkan manis dalam makanan dan minuman. Tambahkan manis dalam senyuman,” kata Najib.

Ini pula satu kenyataan yang paling kurang ajar dari Pak Din,
Kot yapun nak bodek bos, janganlah dikaitkan dengan orang yang telah pergi... diaibkan begitu rupa. Dalam ajaran Islam sendiri mengingatkan supaya jangan membuka keaiban orang lain;

"Kita tak bagi lagi subsidi untuk gula.siapa setuju angkat tangan.

"Saya tak ambil gula tuan-tuan.

"Ramai meninggal dunia sudah ditakdirkan Allah, tapi di dunia ini disebabkan banyak makan, di samping itu banyak ambil gula sampai tak usahlah saya cerita tentang almarhum (Azizan).

"Sebab itu juga dia terpaksa melalui proses kakinya terpaksa dipotong”.

"Jadi kerajaan umum tak ada subsidi umum tak ada gula keputusan tepat hendak menjaga maslahah am, hendak menjaga kesihatan," -Muhyiddin Yasin.

Azizan terpaksa menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya akibat komplikasi penyakit kencing manis. Bekas menteri besar Kedah itu meninggal dunia pada 26 September lalu.


No comments:

Post a Comment