Kaum hawa kini makin ganas. Dulu ada lihat satu
video menyaksikan adengan... seorang lelaki ingin buat kejutan pada kekasihnya,
membuat lamaran di sebuah Shopping Mall didepan public. Untuk lebih gempak lagi
dijemputnya pemuzik busking untuk
mengiringi saat yang bermakna itu. Dengan
kuatnya lelaki itu berkata, I love you,
will you marry me? Terharu lah sangat!
Tapi apa jawapan yang diterima.? .. mungkin
kerana terkejut dan malu, wanita itu bertindak merampas gitar dan dihempaskan
ke kepala lelaki malang itu hingga berkecai!..dan selamba berlalu pergi...
Tercengang mamat tu dibuatnya.. huhu.
Ini ada satu lagi kisah sadis..
Gara-gara
curang
Hong
Kong: Seorang wanita China ditahan kerana memaksa teman lelakinya berlutut di
jalan raya sebelum menampar muka lelaki itu berulang kali.
Lelaki
berusia 23 tahun yang dikenali sebagai Chui itu dituduh bermain kayu tiga
apabila membawa pulang seorang wanita lain ke flatnya di Hong Kong.
Selepas
teman wanitanya mengheret Chui ke jalan raya dan mula bertindak kasar, jiran
tetangga berkumpul dan merakam adegan itu yang kemudian dimuat naik ke YouTube.
Wanita
berusia 20 tahun bernama Cheng itu kemudian ditahan kerana disyaki melakukan
kekerasan, manakala mangsa dikejarkan ke hospital.
Kejadian
itu berlaku Jumaat lalu di kawasan Kowloon City selepas Chui membawa pulang
seorang wanita ke flatnya walaupun dia berpacaran dengan Cheng.
Cheng
memaksa Chui berlutut di kaki lima sambil diperhatikan jiran tetangga dan
menuduhnya curang. Wanita yang mengikut Chui pulang turut berdiri di sisi
mangsa ketika pasangan itu bertengkar.
Bagaimanapun,
Chui menegaskan dia tidak mengajak wanita terbabit pulang dan meminta
kekasihnya itu mendengar dulu apa yang hendak dikatakannya.
“Dengar
dulu apa yang hendak saya katakan sebelum kamu memukul saya,” katanya.
Cheng
yang berang kemudian mula menampar muka Chui hingga lelaki itu menjerit. “Kamu
mempermainkan saya!” jerit Cheng.
Dia
juga menggesa wanita yang berdiri di sisinya itu agar menjelaskan perkara yang
sebenar. Kejadian itu dirakam seorang jiran yang mendesak supaya Chui
memutuskan hubungan dengan Cheng dan tidak puas hati kerana mangsa tidak
melawan kembali.
Jiran
lain mula campur tangan tetapi dipintas Cheng yang menjerit agar mereka menjaga
hal sendiri.
Kebanyakan
saksi memihak kepada Chui dan seorang wanita berkata: “Berdirilah cepat, tolak
perempuan yang berperangai buruk ini, kamu layak dapatkan wanita lebih baik.”
Seorang jiran menghubungi polis yang kemudian menahan Cheng.
Jurucakap
polis memberitahu akhbar South China Morning Post yang mereka menerima
panggilan telefon kira-kira jam 5.10 petang pada 4 Oktober lalu dari Kowloon
City.
Selepas
video insiden itu dimuat turun, ia berjaya menarik lebih 700,000 pengunjung
dalam tempoh kurang dari tiga hari.
Polis
yang tiba di tempat kejadian kemudian menahan Cheng sebelum menghubungi
ambulans untuk membawa Chui ke hospital untuk rawatan. – hmetro
Klik untuk lihat video [Klik Sini].
No comments:
Post a Comment