Panduan Lengkap Cara Solat Sunat Hari Raya
Aidiladha | Kini hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut
Hari Raya Aidiladha bagi 1434H. Bagi tahun
ini, 2013, Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada
Selasa, 15 Oktober, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk
Seri Syed Danial Syed Ahmad.
Jom kika berkongsi tentang panduan lengkap cara
solat sunat Hari Raya Aidiladha. Mungkin ada di antara kita yang terlupa, jadi
boleh di refresh semula tentang
panduan solat ini.
Solat Sunat Hari Raya merupakan antara solat
sunat yang dilakukan pada Hari raya Fitri atau Hari Raya Adha. Ia mula
disyariatkan pada tahun pertama hijrah.
Hukum
Melaksanakan
Solat Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha
hukumnya adalah sunat Muakkad yang mana sangat-sangat dianjurkan kerana
Rasulullah tetap dengan Solat Hari Raya ini selama baginda hidup.
Waktu Solat
Sunat Hari Raya
Bagi Solat Aidilfitri diadakan pada 1 Syawal.
Manakala Solat Aidil Adha diadakan pada 10 Zulhijjah. Ia dilakukan selepas
naiknya matahari dan sebelum tergelincirnya matahari.
Takbir Raya
Antara adat yang disunatkan ialah bertakbir sama
ada bersendirian atau beramai-ramai di masjid atau di rumah. Jika Hari Raya
Aidilfitri, waktu takbir bermula daripada terbenamnya matahari pada hari akhir
Ramadan hingga selesai solat raya. Hari Raya Aidiladha pula disunatkan
bertakbir pada petang hari Arafah atau 9 Zulhijah dan pada hari-hari Tasyriq,
iaitu hari 10, 11, 12 dan 13 Zulhijah.
Takbir yang biasa didengar di Masjid / Surau di Malaysia.
Pengenalan
Solat Sunat Hari Raya
Solat Sunat Hari Raya mengandungi takbir tujuh
kali pada rakaat pertama, dan takbir lima kali pada rakat kedua, yang mana
dibaca tasbih diantara takbir-takbir tersebut. Dan apabila selesai takbir dan
tasbih, barulah diteruskan solat seperti biasa. Berbeza dengan Solat Jumaat,
khutbah Solat Hari Raya adalah selepas solat. Setelah selesai khutbah, umat
Islam digalakkan bersalam-salaman dan menziarahi sanak saudara, jiran tetangga
serta sahabat handai.
Niat Solat Hari
Raya
Usolli sunattan aidil adha rokaataini makmuman / imama lillahi Taala.
ertinya: Sahaja aku bersolat sunat Aidil Adha, dua raka’at (imam / makmum) kerana Allah Ta’ala.
Cara
Pelaksanaan Solat Sunat Hari Raya
Rakaat Pertama
[1]. Pada Rakaat pertama kita dikehendaki supaya
bertakbir sebanyak 7 kali iaitu selepas takbiratul ihram dan doa iftitah. Pada
setiap kali takbir kita dianjurkan supaya membaca tasbih berikut :
Subhanallah walhamdulillah wala illa haillallahu wallahu akbar,
wala khaula wala khuwa taillah billahili a'liyil a'zim
wala khaula wala khuwa taillah billahili a'liyil a'zim
ertinya: Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah. Tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar. Tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan yang Maha Tinggi lagi Maha Agong.
[2]. Kemudian membaca Al-Fatihah dan
surah. [Surah yang dianjurkan ialah surah Qaf atau Al-A’la atau Al-Kafirrun].
[3]. Lakukan rukun seterusnya seperti solat biasa.
Rakaat Kedua
[1]. Pada Rakaat kedua pula dikehendaki supaya
takbir sebanyak 5 kali. Pada setiap kali takbir kita dianjurkan supaya membaca
tasbih. (sama di rakaat pertama)
Subhanallah walhamdulillah wala illa haillallahu wallahu akbar, wala khaula wala khuwa taillah billahili a'liyil a'zim
[2]. Kemudian membaca Al-Fatihah dan surah. [Surah yang dianjurkan
ialah surah Al-Qamar atau Al-Ghasyiah atau Al-Ikhlas].
[3]. Teruskan sebagaimana solat yang lain sehingga selesai salam ke-dua.
Khutbah
Setelah selesai solat, imam berdiri
menghadap makmum dan berkhutbah memberi nasihat-nasihat dan wasiat-wasiat, atau
perintah-perintah penting.
Adab Solat
Sunat Hari Raya
[1]. Pada
Aidil Adha, disunatkan tidak makan terlebih dahulu sampai selesai Solat Aidil
Adha.
[2]. Pada Hari Raya Aidil Adha, boleh
dikumandangkan takbir sejak Subuh hari
Arafah (9 Dzul Hijjah ) hingga akhir hari Tasyriq ( 13 Dzulhijjah ).
[3].
Makmum yang ‘masbuq’ harus menyempurnakan sendiri solatnya sesuai sifat
Solat Hari Raya itu. Iaitu bagi mereka yang terlambat tiba di tempat solat dan
mendapati jemaah sedang solat, ia jangan pulang pula, tetapi bergabunglah dan
ikutilah, kemudian tambahilah sebanyak rakaat yang tertinggal.
[4].
Apabila mereka mendapati jemaah telah selesai solat, maka kerjakanlah
Solat Hari Raya Aidil Adha sebanyak dua rakaat; jangan ragu, jangan malu dan
kerjakanlah hingga selesai. Bila selesai
Solat Hari Raya Aidil Adha, duduklah dan dengarlah khutbah dengan khusyuk.
[5]. Disunatkan mendengar khutbah dengan penuh
minat dan jangan meninggalkan lapangan masjid sebelum khatib turun dari mimbar,
kecuali kerana hal-hal yang sangat memaksa.
[6]. Bagi
kaum wanita yang dalam keadaan haid, mereka dianjurkan ikut ke lapangan, ambil
tempat di bagian pinggir, lalu mendengar khutbah Aidil Adha, demi syiarnya
Islam.
[7].
Bila hari raya bertepatan dengan hari Jumaat, kewajipan solat Jumaat
gugur bagi yang telah Solat Hari Raya sehingga cukup mendirikan Solat Zuhur
sahaja.
[8].
Adapun imam dan orang yang tidak Solat Hari Raya diharuskan solat
Jumaat.
HIKMAH
AIDILADHA
- Hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan
kebaikan.
-Meninggalkan perkara yang mendatangkan
kemurkaan Allah seperti maksiat, kesombongan, pertengkaran, bermasam muka dan
sebagainya.
@Wallau a'alam.
@Wallau a'alam.
No comments:
Post a Comment