LONDON 29 Okt. - Perdana Menteri Britain, David Cameron
berkata, konsep kesederhanaan yang dianjurkan oleh Malaysia di bawah kepimpinan
Datuk Seri Najib Tun Razak telah membantu memerangi ekstremisme di seluruh
dunia.
Katanya, Gerakan Kesederhanaan Global cetusan idea
Perdana Menteri itu telah menjadi inspirasi kepada dunia untuk menolak ekstremisme
dan mempromosikan kesederhanaan.
"Perdana Menteri Najib yang baru dipilih (semula)
sebagai pemimpin melalui Gerakan Kesederhaaan Globalnya telah memberi inspirasi
kepada dunia untuk memerangi ekstremisme," katanya ketika berucap dalam
Forum Ekonomi Dunia Islam (WIEF) Ke-9 di sini hari ini.
Cameron berkata, komitmen Najib terhadap bidang
perniagaan pula telah membawa pelaburan bernilai jutaan pound dan ribuan
peluang pekerjaan baharu di kedua-dua negara.
Sementara itu, Perdana Menteri Britain turut mengambil
kesempatan daripada penganjuran WIEF di sini untuk mempromosikan London sebagai
pusat kewangan Islam dunia di luar dunia Islam.
Cameron dalam ucapannya itu mengumumkan tiga langkah yang
diambil oleh kerajaan Britain bagi memastikan sasaran itu tercapai.
Ini termasuk melancarkan indeks baharu di Bursa Saham
London yang selari dengan prinsip Islam dengan sasaran untuk memanfaatkan
pertumbuhan pesat dalam sektor itu.
Cameron berkata, cadangan Indeks Pasaran Islam itu akan
mengenal pasti syarikat-syarikat yang mematuhi prinsip pelaburan dalam Islam
yang mana itu akan membantu London menjadi pusat kewangan Islam terbesar di
luar dunia Islam.
Beliau juga mengumumkan pelancaran British Sukuk bernilai
kira-kira RM1 bilion awal tahun depan yang akan menjadikan Britain sebagai
negara pertama berbuat demikian di luar dunia Islam.
"Apabila kewangan Islam tumbuh 50 peratus lebih
cepat daripada perbankan konvensional, dan ketika pelaburan Islam tumbuh kepada
RM6.7 trilion menjelang 2014, kami mahu memastikan sebahagian besar daripada
pelaburan baharu itu dilakukan di sini, di Britain," katanya
Inisiatif untuk melancarkan British Sukuk telah bermula
lima tahun lalu tetapi ditolak pada 2011 sebelum Perbendaharaan British menilai
semula idea itu pada Mac lalu.
Katanya, Bursa Saham London telah menyenaraikan sukuk
dengan nilai lebih RM100 bilion sejak lima tahun lalu dan pada tahun depan
bursa itu akan melancarkan sukuknya sendiri. – Utusan
@Sudah tentulah kembang punggung dan apa saya yang boleh
kembang bila dipuji gitu kan? Tapi boleh ke hidup atas segala pujian, manalah
tau entah-entah ada udang disebalik batu pula. Siapa tau?
Maaf cakap, Umpama Langit & Bumi jika dibuat perbandingan dengan
antara pemimpin yang amanah dan yang memunah. Pernah ke terbaca atau dengar
kisah Abu Jaafar Umar bin Abdul Aziz bin Marwan bin Hakam atau lebih dikenali
sebagai Khalifah Umar bin Abdul Aziz?. Antara lain...
Beliau mempunyai keperibadian yang tinggi, disukai ramai
dan warak yang diwarisi dari datuknya Saidina Umar b Al-Khatab. Baginda amat
berhati-hati dengan harta terutamanya yang melibatkan harta rakyat.
Sesungguhnya kisah Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang menyediakan dua lilin di
rumahnya, satu untuk kegunaan urusan negara dan satu lagi untuk kegunaan
keluarga sendiri tentunya telah diketahui umum dan tidak perlu diulang-ulang.
Sebagai seorang yang zuhud, kehidupannya semasa menjadi
Gabenor Madinah dan Khalifah adalah sama seperti kehdupannya semasa menjadi
rakyat biasa. Harta yang ada termasuk barang perhiasan isterinya diserahkan
kepada Baitulmal dan segala perbelanjaan negara berdasarkan konsep jimat-cermat
dan berhati-hati atas alasan ia adalah harta rakyat. Ini terbukti apabila
beliau dengan tegasnya menegur dan memecat pegawai yang boros dan segala
bentuk jamuan negara tidak dibenarkan
menggunakan harta kerajaan.
Khalifah Umar b Abdul Aziz yang terkenal dengan
keadilannya telah menjadikan keadilan sebagai keutamaan pemerintahannya. Beliau
mahu semua rakyat dilayan sama adil tidak mengira keturunan dan pangkat supaya
keadilan dapat berjalan dengan sempurna. Keadilan yang beliau perjuangan adalah
menyamai keadilan di zaman datuknya, Khalifah Umar Al-Khatab ! yang sememangnya
dinanti-nantikan oleh rakyat yang selalu ditindas oleh pembesar yang angkuh dan
zalim sebelumnya..
Apa pandangan dari rakyat Marhain?
10
Downing Street diLondon hanya diletakan dipenghujung Jalan Downing disana yang
berkampir dengan rumah kedai tetapi disitulah kuasa dunia terbesar ditadbir.
Pejabat dan kediaman PM Britain terletak disitu sejak dri dulu sehinggalah
sekarang. Mereka tidak bina pusat pentadbiran yang melibatkan wang rakyat
sebegitu banyak kerana yang penting bagi kerajaan Britain ialah ‘efficiency’
pentadbiran kerajaan untuk mengelolakan rakyat.
Apabila
kerajaan sudah kurang effektif rakyat akan tukar kerajaan dan tidak payah
menjadikan isu-isu besar dalam menukar pimpinan negara itu. Gordan Brown
meletakan jawatan dalam tempuh 5 jam sahaja apabila parti buruh tidak berjaya
mendapat majority untuk membentuk kerajaan dan dalam tempoh 5 jam jugalah
dimasyorkan PM yang baru mengambil alih. aspanaliasnet.blogspot.com
Jumlah kos sewaan dan selenggaraan kediaman PM dan TPM ialah RM9,449,496.
Sekiranya wang tersebut dikeluarkan untuk kebajikan rakyat yang berpendapatan
rendah, ia dapat membina 270 unit rumah kos rendah berharga RM35,000.
Lihat pula ini...
No comments:
Post a Comment