Kahwin dengan bantal |
Dunia ini dah semakin tua!. Macam-macam perkara semakin
pelik berlaku dalam dunia ni. Perkara yang melawan fitrah. Ada negara yang
menghalalkan perkahwinan sesama jenis. Ada wanita berkahwin dengan anjing,
kuda, ikan lumba-lumba dengan ular pun ada. Lelaki kahwin kucing, kahwin dengan
kambing. Apapun itu manusia, makin pelik binatang juga kekadang tersilap
juga...
Makin bertambah pening bila dulunya dilahirkan sebagai
wanita, ingin bertukar menjadi lelaki. Ada pula dilahirkan lelaki, teringin
pula menjadi wanita. Lepas itu apa pula
yang akan terjadi??
Macam-macam adaaa...
4 Pengantin Luar Tabii
London: Seorang lelaki yang pada asalnya wanita berkahwin
dengan pasangannya yang sebelum ini seorang lelaki dalam perkahwinan pelik,
lapor media semalam.
Acara itu menjadi lebih unik apabila pasangan terbabit
diapit suami isteri yang pernah menjalani pembedahan menukar jantina juga.
Pada awalnya perkahwinan di antara pengantin ‘lelaki’
yang dikenali sebagai Felix dengan ‘isterinya,’ Helen Fenlon adalah yang
pertama seumpamanya berlaku di Britain. Bagaimanapun dakwaan itu disangkal
sepasang ‘suami isteri’ lain, Janis dan Maxwell Burr.
Pasangan Burr itu mengaku berkahwin pada malam tahun baru
2005. Hasil inspirasi daripada ketabahan Felix dan Helen yang melangsungkan
perkahwinan secara umum, Janis dan Maxwell meminta pasangan Fenlon itu menjadi
pengapit ketika mereka mengulangi ikrar perkahwinan untuk kali kedua, baru-baru
ini.
Selepas majlis itu, Janis, 45, yang juga pembantu pekerja
sosial dan dulunya dikenali sebagai Ian berkata, Maxwell ialah teman sejiwanya.
(DARI KIRI) Helen, Janis, Maxwell dan Felix. |
Janis memberitahu, dulu dia sering memakai pakaian
kakaknya ketika berusia enam tahun. Janis juga menabung sehingga £10,000
(RM51,034) untuk menjalani pembedahan penukaran jantina pada 2003.
Sementara itu, Maxwell, 71, adalah pesara tukang masak
yang dulunya bernama Mary sebelum bertemu dan jatuh cinta pada Janis ketika
bercuti pada 2002. Dia menjalani pembedahan menukar jantina beberapa bulan
selepas Janis melakukannya. Apabila undang-undang meluluskan perkahwinan golongan
seperti mereka pada 2005, kedua-duanya lalu melangsungkan perkahwinan.
Maxwell berkata, acara perkahwinan itu cukup bersejarah
buat mereka.
“Melangsungkan perkahwinan kali kedua di Pusat Sivik
Scunthorpe memang menakjubkan. Saya seolah-olah bagaikan di syurga,” katanya
dalam satu kenyataan. – Agensi
@Kiamat sudah dekat!
@Kiamat sudah dekat!
No comments:
Post a Comment