Di dunia ini ada pelbagai jenis wanita. Isteri yang baik
atau wanita solehah, adalah harta simpanan yang terbaik bagi seorang suami.
Rasulullah SAW bersabda, " Mahukah kamu keberitahu
suatu harta simpanan (perhiasan) yang sangat baik? Iaitu wanita solehah, yang
apabila kamu melihatnya, ia menyeronokkan. Apabila kamu perintah, dia patuh.
Dan apabila ditinggal pergi, dia selalu menjaga diri dan harta suaminya. "
(Riwayat Abu Dawud).
Kalau dilihat dia menyenangkan, itu disebabkan budi yang
luhur, pakaian bersih, dandanan yang serasi di hadapan suaminya dan berusaha
yang terbaik untuk tampil menarik hanya di depan suami dan anak-anaknya.
Jika diperintahkan, dia akan patuh, menunjukkan ketaatan
dan baktinya pada suaminya. Dia ingin selalu memberikan kepuasan bagi suaminya.
Sentiasa memelihara diri dan harta suaminya,
menggambarkan betapa besar kekuatan agama dan ketebalan imannya terhadap ALLAH
dan Rasul-Nya. Apabila suaminya tidak ada, dia tetap memelihara kehormatan diri
dan harta suaminya.
Bila seorang wanita tidak solehah dan mempunyai sifat
atau kebiasaan yang buruk, suka menyusahkan suaminya tentulah itu bukan
perhiasan bagi seorang suami. Bahkan, boleh jadi suami tidak suka bersamanya,
kemudian menceritakannya.
Jika engkau, wahai isteri menginginkan rumah tangga yang
bahagia di dunia dan akhirat, buanglah jauh-jauh dari dirimu tujuh sifat
tersebut. Bila tidak, engkau celaka di dunia dan akhirat .
Berikut ini tujuh jenis wanita yang sering diceraikan
suami.
1. Tidak punya rasa malu .
Yang tidak malu melakukan hal-hal yang dilarang ALLAH.
Dia jauh dari sifat takwa dan banyak melakukan maksiat.
2. Ausyarah (kotor)
iaitu tidak pandai mengatur rumah, malas mengemas diri,
dan malas melakukan apa-apa sehingga dirinya, anak-anak dan rumahnya kotor dan
tidak menyenangkan.
3. Asysyakasah (berani/mencabar)
iaitu suka membebankan suaminya di luar kemampuannya
sehingga mendorong suami melakukan hal hal yang dimurkai ALLAH.
4. Innah (berani/mencabar)
yang tidak mahu diperintah suaminya untuk melakukan
hal-hal yang baik. Berani melanggar apa yang diperintahkan, bahkan menentang si
suami dengan tetap melakukan maksiat.
5. Bitnah (mementingkan isi perut dan banyak menuntut)
yang tidak suka berinfak dan enggan mengeluarkan zakat.
Selalu terkumpul harta kekayaan dan mengenyangkan perut dengan makanan-makanan
yang tiada habisnya. Tidak terlintas dibenaknya untuk menyumbangkan kepada
fakir miskin dan anak yatim. Untuk memenuhi segala keinginan nafsunya, dia
mendorong suaminya untuk melakukan hal-hal yang boleh mendatangkan kemurkaan
ALLAH.
6. Bahriyah (mendorong suami untuk berbuat jahat)
iaitu selalu menghalang suami untuk berbuat baik. Jika
melihat suami menyisihkan beberapa peratus dan pendapatan untuk zakat dan
infak, dia sibuk mencerca dan mengadu pada suami tentang keadaan ekonomi rumah
tangga, keperluan anak yang semakin membesar, pakaian yang telah koyak, kasut
yang telah usang dan sebagainya sehingga suami menjadi ragu- ragu.
7. Tidak aktif iaitu malas berbuat apa-apa.
Tidak mempunyai keinginan untuk menambah ilmu duniawi
maupun ukhrawi .
Sumber : Majalah Fatwa Jilid IV
No comments:
Post a Comment