Lihat sini, bagaimana seekor haiwanpun boleh mununjukkan erti
kasih sayang antara makhluk. Walaupun dilahirkan tanpa akal, namun haiwan juga
ada perasaan. Jika kita berbuat baik, kita akan dikenang sampai bila-bila....
itu moral story nya.
Cuba lihat di sini pula, agak-agaknya bolehkah budi dan
jasa baktinya itu dikenang sampai bila-bila?
Riyadh:
Seekor unta menunjukkan emosi seperti manusia dan ingatan yang kuat apabila ia
memeluk bekas pemilik warga Arab Saudinya dengan penuh kasih sayang selepas
berjumpa kembali sejak sekian lama.
Bekas
pemilik unta itu sendiri terkejut apabila unta berkenaan berlari mendapatkannya
dan membelit bekas pemilik terbabit dengan lehernya yang panjang itu.
Lelaki
berkenaan yang namanya tidak didedahkan dikatakan melawat ladang haiwan
kepunyaan pemilik barunya kerana merindui unta yang pernah dipeliharanya itu.
Satu
gambar yang diterbitkan akhbar berbahasa Arab, Sada Arabic menunjukkan petani
itu dipeluk unta berkenaan dengan lehernya.
Laporan
itu menyebut, Ia membelit leher bekas pemiliknya seolah-oleh mengatakan
walaupun kamu sudah menjual saya, saya masih menyayangi kamu.
Gambar
itu yang turut disiarkan beberapa laman sosial, segera mencetuskan pelbagai
ulasan, kebanyakannya menyatakan rasa terharu berikutan kasih sayang yang ditunjukkan
unta dan bekas pemiliknya. Mereka juga terkejut dengan reaksi haiwan itu.
Walaupun
lelaki berkenaan mengetahui unta itu akan mengenali beliau, beliau tidak
menjangka binatang itu akan menunjukkan reaksi demikian terhadap manusia. -Beritaharian.
No comments:
Post a Comment