Pada 26 Disember 2004, satu gempa bumi yang besar berlaku
di Lautan Hindi lepas pantai barat Aceh yang mengakibatkan berlakunya ombak
besar tsunami yang melandai kawasan-kawasan pantai di selatan Asia, Sumatera
Utara, Thailand dan Malaysia. Pusat gempa terletak pada bujur 3,298° utara dan
95,779° timur kira-kira 160 km sebelah barat Aceh sedalam 10 km.
Gempa bumi
yang sebesar Skala Richter 9.0 ini berlaku sekitar 8.59 pagi (waktu Malaysia)
dan merupakan yang keempat terbesar di dunia sejak 1900. Di sesetengah lokasi
dilaporkan bahawa ombak tsunami mencapai ketinggian 10 meter. Ribuan telah
terkorban akibat malapetaka ini.
Gempa bumi ini mengakibatkan tsunami yang menelan korban
nyawa yang sangat banyak. Angka sebenar korban kali ini mengkin tidak akan
dapat diketahui namun sekurang-kurangnya 182,000 orang telah maut.
Banyak ayat-ayat yang menjelaskan Allah menurunkan
bencana yang besar bagi menenggelamkan umat-umat nabi dan rasul terdahulu atas
sebab keingkaran mereka. Adakah itu juga kita kategorikan sebagai bencana alam
walaupun telah dinyatakan di dalam Al-Quran. Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala
bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan
manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka
sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan,
supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).” (Ar-Ruum ; 41)
Lihat SlideShow ini dan apakah pengajaran nya?
No comments:
Post a Comment