Thursday, January 2, 2014

Nenek Pun Gersang Juga!!



Atuk dan Nenek Kantoi Dicekup

Sambutan tahun baharu dicemari aktiviti maksiat. Itu tajuk di dada akhbar menyambut kedatangan Tahun Baru 2014.

Berani kerana benar, takut kerasa salah. Itu kata perumpamaan Melayu. Kerana takut dicekup atas kesalahan cuba menghampiri zina. Apabila dah kantoi, bermacam cara dan alasan dibuat untuk melepaskan diri. Ada yang terjun tingkap, menyorok dalam tandas, sorok dalam almari. Panjat siling, bawah katil pun ada... Mana amau lari?? Tau pulak malu, dengan Tuhan tak tau malu!.

Maksiat ada di mana-mana dan sampai bila-bila selagi ada bulan dan matahari. Tepuk dada tanyalah iman. Apabila bertemu seorang lelaki dengan seorang perempuan yang tiada ikatan, maka akan datang iblis berbisik diantara mereka...

Macam Laki-Bini!

“Dalam sebuah hotel bajet dekat Taman Ria Jaya mendapati sepasang kekasih sedang nyenyak tidur dalam keadaan berpelukan seolah-olah seperti pasangan suami isteri. ketika pintu diketuk, bilik yang dihuni pasangan terbabit tidak berkunci.

Anggota penguatkuasa yang membuat pemeriksaan mendapati, wanita itu hanya berseluar dalam dan menyarungkan baju-T sedang berpelukan di atas katil bersama kekasihnya berusia 27 tahun.

Apabila disoal siasat mendapati kedua-duanya bukan mahram dan mengakui sudah bermalam di bilik berkenaan sejak empat hari lalu. -Kata Zaiferi Zainul Abidin, Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kuala Muda.

Antara lain yang kantoi...

Pasangan Berstatus Datuk Dan Nenek
ALOR SETAR: Pasangan berstatus datuk dan nenek yang masih beristeri dan bersuami serta mempunyai cucu antara kedua-dua pasangan itu ditahan di sebuah hotel murah, di Simpang Kuala pada pukul 2.03 pagi.

Pelajar IPT
Turut ditahan dalam operasi itu ialah sepasang pelajar dari sebuah institusi pengajian tinggi awam di Kulim serta dua pasangan berusia sekitar 20-an.

Ibu Dua Anak
GEORGETOWN - Sanggup seorang ibu membawa dua anaknya yang masih kecil ‘menemaninya’ melakukan maksiat. Ibu yang berstatus isteri orang itu dicekup Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JAINPP) melalui Ops Ambang Maksiat 2014 di sebuah hotel apartmen di sini.

Wanita Sarat Mengandung
Seorang wanita yang sarat mengandung lapan bulan turut dicekup bersama teman lelakinya di sebuah hotel. Wanita yang ditangkap dalam keadaan menggeletar dalam sebuah bilik itu mengaku anak yang dikandungnya adalah hasil hubungan dengan teman lelakinya itu, namun sebaliknya lelaki tersebut tidak mengaku. “Itu bukan anak saya, itu anak dia dengan orang lain,” kata lelaki tersebut.

Adik-Beradik Dicekup
Dua adik-beradik lelaki turut dicekup atas kesalahan berkhalwat dengan pasangan masing-masing di sebuah hotel murah di Tanjung Bungah, di sini. Mereka menempah hotel yang sama namun kedua-duanya dicekup di tingkat yang berlainan.

Penjawat Awam
Di hotel yang sama, seorang kakitangan awam turut ditahan bersama pasangannya.
Lelaki tersebut memberitahu dia hanya singgah di hotel berkenaan selepas selesai kerjanya untuk sambutan malam tahun baru di Padang Kota Lama.

Mak Andam Jalin Hubungan Terlarang
Dalam serbuan di sebuah hotel bajet mendapati pasangan sejenis yang dipercayai menjalinkan hubungan terlarang ditahan dalam operasi berkenaan. Mak andam berusia 31 tahun dari Jitra itu mendakwa memiliki tiga buah butik pengantin dan baru sahaja selesai menyolek pelanggan yang akan menghadiri sebuah majlis makan makan.

“Dikatakan akibat letih, dia yang ditemani ‘kekasihnya’ terpaksa bermalam di bilik hotel tersebut berikutan mempunyai tugasan perniagaan lain keesokan pagi di lokasi berdekatan,” katanya. Soal siasat kepada kedua-duanya mengakui menjalinkan hubungan terlarang itu sejak 2004.

39 Individu Ditahan
Khairul Azman berkata, Operasi Ambang Maksiat 2014 itu dijalankan di Daerah Timur Laut, Seberang Perai Utara (SPU) dan Seberang Perai Selatan (SPS). Operasi yang bermula dari jam 2 hingga 7 pagi itu berjaya menahan 39 individu lain mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 atas kesalahan berkhalwat. Jika sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara, ataupun kedua-duanya sekali.

Di hari lain yang pandai ambil kesempatan..

Jururawat Dicekup
Seorang Jururawat yang masih berstatus isteri orang dan pasangannya yang juga sudah berkahwin.  membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Syarie, Mohd Hafiz Daud. Kedua-duanya berkurung bersama-sama dalam keadaan yang mendatangkan syak kerana bukan suami isteri sah dan juga mahram di sebuah kuarters kesihatan di Rantau Panjang, kira-kira jam 12.55 tengah malam.

No comments:

Post a Comment