ALOR SETAR - Bapa mangsa pembunuhan kejam tiga beradik Rusdi Rani, 38,
mendakwa mengalami mimpi pelik genap 44 hari kematian tiga anaknya.
Rusdi berkata, dirinya bermimpi arwah anak perempuan sulungnya, Nor
Syafikah Nadia, 14, memberi beberapa bayangan kepada dirinya mengenai siapa
penyebab kematian mereka.
“Along datang dengan wajah berseri-seri menemui saya, sambil memaklumkan
nama seorang lelaki. Dia cakap pada saya. Abah kalau ingin selesai kes kami
cepat, pergilah tangkap lelaki itu.
suspek |
“Kemungkinannya, petunjuk yang diperolehi dalam mimpi saya merupakan hasil
solat hajat dilakukan setiap hari selepas Solat Isyak dengan harapan suspek
segera dikesan,” katanya.
Susulan mimpi dialaminya, Rusli memaklumkan dia membuat satu laporan polis
berhubung mimpi terbabit, sambil menyatakan nama lelaki yang diberikan arwah
anaknya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, dekat sini, keesokan
harinya.
Difahamkan, mimpi dialami Rusdi pada Selasa lepas dipercayai menjadi
petunjuk kepada penahanan dua suspek kes tersebut kelmarin, bagaimanapun, dia
tidak mahu mendedahkan nama lelaki yang dikatakan arwah anaknya dalam mimpinya
itu. –sinarharian.
Ikuti Senario jenayah ini;
Kedua-dua
suspek dipercayai membawa ketiga-tiga beradik itu ke kawasan sawah padi di Alor
Senibong dan sekali lagi cuba merogol mangsa namun mangsa cuba melarikan diri
dan tindakan itu menyebabkan suspek membunuh mangsa.
Dua adik mangsa
yang berumur 12 dan tiga tahun yang menyaksikan kejadian itu disyaki ditolak
oleh suspek ke dalam sungai dan dibiarkan mati lemas...
No comments:
Post a Comment