Wednesday, January 8, 2014

KEJAM! Disumbat Cili Dalam Kemaluan




Kisah kejamnya ibu tiri akan mengingatkan kita dalam cerita Bawang Putih Bawang Merah. Sebuah filem Klasik Melayu yang mengisahkan tentang kekejaman ibu tiri. Pandai berlakon dan pandai juga mengadu domba.

Disangkakan berada dizaman moden ini tidak akan ujud lagi spesis yang seperti ini, rupanya masih ada lagi yang belum pupus. Sedangkan binatang yang sering bertukar jantan pun tahu sayangkan anaknya. Lihat saja ayam atau kucing, pasti akan ada warna dan bulu yang berbeza....

Ibu tiri sumbat cili dalam ‘anu’

KAJANG - Polis menahan seorang wanita berusia 31 tahun kerana disyaki mendera anak tirinya dengan melumurkan cili padi pada kemaluan kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun itu di rumah mereka di Bandar Taman Tasik Kasuma, Semenyih dekat sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, wanita itu ditahan pada kira-kira 4 petang di rumahnya selepas mangsa mengadu kepada ibu saudaranya mengenai perkara itu.

Ibu saudara mangsa yang tinggal berdekatan rumah mangsa, kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Kajang.

“Selain itu, wanita terbabit turut menyumbat cili dalam mulut mangsa. Terdapat beberapa kesan parut pada tubuh mangsa, yang dipercayai didera oleh suspek menggunakan sudu panas, sejak tahun lalu.

"Ketika kejadian, adik tiri dan nenek mangsa turut menyaksikan kejadian namun disebabkan usia nenek yang uzur, dia hanya mampu melihat sahaja tanpa mampu berbuat apa-apa,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, semalam.

Mangsa yang dalam keadaan trauma, kini dirawat di Hospital Kajang manakala suspek ditahan reman untuk membantu siasatan.

Polis masih belum menemui bapa kandung mangsa untuk membantu siasatan.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak. –sinarharian.


Dengarkan Lagu Ratapan Sianak Tiri...


No comments:

Post a Comment