Saturday, January 4, 2014

Masalah Hubungan Intim



Soal Jawab Bersama Pakar Sakit Puan.


Saya berumur 26 tahun dan masalahnya, setiap kali bersama suami pasti pendarahan akan berlaku seperti darah haid.

Suami pula mengatakan saya tidak mempunyai lubang faraj untuk dia memasukkan zakarnya. Saya kasihankan suami yang tidak dapat menikmati kepuasan sepenuhnya. Harap doktor dapat membantu.

Idah,
Taman Kenanga, Melaka

Apa yang dimaksudkan oleh suami anda mungkin panjang saluran faraj yang tidak mencukupi. Jika anda mengalami pengeluaran haid, sudah pasti anda mempunyai saluran faraj yang menghubungkan rahim ke bahagian luar.

Mungkin anda mempunyai bentuk selaput dara yang berlainan daripada bentuk yang lazimnya dimiliki gadis. Eloklah anda menjalani pemeriksaan pakar sakit puan berhampiran. Selaput dara lazimnya sukar dikenal pasti pada pengamatan mereka yang tidak biasa memeriksanya.