Bumi Lubnan dibasahi Darah Pelarian Palestin|Setelahtiga puluh dua (32) tahun
peristiwa berdarah yang menyayat hati pembantaian seramai beribu-ribu orang
pelarian Palestin di Kem Sabra dan Shatila di Beirut, Lubnan. Peristiwa hitam
ini tetap tinggal dalam sejarah umat Islam Palestin sebagai satu lagi daripada
berpuluh-puluh tragedi yang menimpa mereka setelah berlakunya Nakba 1948,
apabila tanah air mereka dijajahi oleh pendatang-pendatang asing dari Eropah
yang menghalau mereka keluar merempat ke tempat lain.
Peristiwa yang bermula dengan pengepungan kem tersebut oleh tentera Zionis
di bawah pimpinan Ariel Sharon pada tengah hari Rabu 15 September 1982 tersebut
akan tetap tinggal sebagai contoh kebinatangan manusia yang tidak berhati perut
hingga ke akhir zaman.
Senario Bermula
Pada ketika itu, Lubnan berada dalam keadaan perang saudara membabitkan
siri pakatan yang rumit. Antaranya adalah pakatan antara Israel dan Nasarani
Lubnan, diketuai oleh parti Phalangist dan kumpulan bersenjata. Mereka sedang
bertikaian dengan pihak Muslim, termasuk Palestin yang diwakili oleh Organisasi
Pembebasan Palestine. (Palestine Liberation Organization (PLO)).
Gemayel |
Penyembelihan
antara kaum etnik berbeza adalah perkara biasa ketika perang saudara tersebut,
yang menyaksikan hampir seramai 100,000 mangsa antara 1975 dan 1990, tetapi
Israel mendakwa bahawa pengalamannya bekerjasama dengan Phalangist sebelum
penyembelihan tersebut tidak menunjukkan sebarang kecenderungan di kalangan
mereka mengenai keganasan terhadap orang awam. Pemimpin Phalangist pada masa
itu, Bachir Gemayel, amat popular di kalangan Maronites, sebenarnya terkenal
kerana kejam dan telah pernah membunuh bakal saingannya. Dia dilantik sebagai
Presiden Lubnan pada 23 Ogos. Pihak Israel telah melatih, membekalkan senjata,
bekalan, dan juga pakaian seragam kepada pasukan Phalangist semenjak 1976.
Pihak PLO telah menggunakan Lubnan sebagai tapak melancarkan serangan
terhadap sempadan utara Israel, dan berasaskan alasan tersebut, Israel telah
menceroboh selatan Lubnan pada 6 Jun 1982. Di bawah perjanjian perletakan
senjata ditaja oleh Amerika Syarikat yang ditandatangani pada akhir Ogos, pihak
PLO bersetuju untuk meninggalkan Lubnan dibawah pengawasan antarabangsa dan
Israel bersetuju untuk tidak mara ke dalam Beirut dan menjamin keselamatan
orang awam Palestin yang tinggal di khemah-khemah. Pada 1 September,
pengunduran pejuang PLO telah lengkap dan pada 10 September pasukan
antarabangsa (Amerika Syarikat, Perancis, dan Itali) menyelia pengunduran
tersebut telah berundur.
Sharon |
Bagaimanapun pada 14 September 1982, Bachir Gemayel
telah dibunuh, menyebabkan pasukan Phalangist bersumpah untuk membalas dendam.
Pembunuh tersebut kemudiannya dipercayai sebagai agen Syria, tetapi Menteri
Pertahanan Israeli Ariel Sharon meletakkan tanggungjawab pembunuhan tersebut ke
atas penduduk Palestin, yang menambah kemarahan Phalangists yang telah
diketahui membenci penduduk Palestin. Kematian Gemayel juga menyebabkan keadaan
huru-hara, yang menyebabkan pemimpin Israeli ingin memperkukuhkan kedudukan
mereka dengan menceroboh Beirut Barat. Pihak pengintipan Israeli mendakwa
bahawa khemah Sabra dan Shatila untuk pelarian Palestin di Beirut masih
mempunyai sehingga 2,000 anggota PLO (yang didakwa tidak berundur, walaupun
syarat perjanjian awal di mana PLO perlu meninggalkan Lubnan) dan bersama
senjata, dakwaan yang tidak berasas dan dipertikaikan.
Bermulanya Tragedi
Setelah semua pintu keluar disekat, kereta kebal tentera Yahudi mula
membedil perkhemahan tersebut, sambil diawasi daripada bangunan-bangunan tinggi
di sekeliling perkhemahan yang diduduki mereka, termasuk Kedutaan Kuwait, untuk
dijadikan pos-pos pemerhatian. Sementara itu Sharon bertemu dengan pihak
militia Kristian Falangist, di bawah Elie Hobeika, untuk mempelawa mereka masuk
ke dalam perkhemahan pelarian Palestin dan “membersihkan” apa yang mereka sebut
sebagai sarang pengganas.
Seterusnya bermula petang 16 September gerombolan pertama daripada sejumlah
1,500 orang militia Falangis, yang termasuk juga anggota-anggota Tentera Bebas
Lubnan pimpinan Saad Haddad, masuk ke dalam kawasan perkhemahan dengan menaiki
jeep-jeep yang dibekalkan oleh tentera Yahudi dan bersenjatakan senapang, pisau
dan parang.
Mereka lalu menjalankan “tugas” membunuh dan menyembelih pelarian Palestin
di sana, malah merogol wanita-wanita juga, sambil tentera Zionis berkawal di
luar sepanjang sempadan perkhemahan agar tiada siapa yang lepas lari keluar. Di
sebelah malam tentera Yahudi menembak roket suluh (flares) ke atas perkhemahan
bagi meneranginya – dikatakan sehingga terang benderang bagaikan padang bola,
agar pihak militia Kristian di dalam dapat terus menjalankan pembantaiannya.
Pembunuhan beramai-ramai yang kejam tersebut berjalan terus-menerus selama
lebih daripada dua hari, tanpa mempedulikan sama ada lelaki, wanita atau
kanak-kanak, dan tanpa ada pembelaan atau pertahanan daripada sebarang pihak
pun. Setelah tiba pagi sabtu 18 September barulah pengganas-pengganas Falangis
meninggalkan perkhemahan, menghela mereka yang masih hidup keluar bersama untuk
dibawa ke stadium pula untuk disoalsiasat.
Apabila kumpulan pemberita yang pertama dapat masuk ke dalam kawasan
perkhemahan, mereka dapati jasad-jasad bergelempangan di seluruh kawasan,
banyak daripadanya telah dikerat-kerat. Hanya setelah itulah baru berita
pertama mengenai pembantaian ini sampai ke pengetahuan masyarakat dunia.
Wartawan Amnon Kapeliouk, yang beliau sendiri juga seorang Yahudi, daripada
akhbar Perancis Le Monde Diplomatique menganggarkan sejumlah 3,000-3,500
orang pelarian Palestin lelaki, wanita dan kanak-kanak telah dibunuh dan
disembelih dalam tempoh dua hari tersebut dengan penuh kejamnya.
Ini mengambilkira sebanyak 2,000 mayat yang diselenggarakan selepas
pembantaian, daripada sumber-sumber rasmi dan Palang Merah, dan seramai
dianggarkan 1,000 hingga 1,500 lagi yang dibereskan sendiri oleh pihak
pengganas Falangis. Selama begitu lama dunia tidak melihat suatu pembunuhan
beramai-ramai pihak yang tidak bersalah yang tidak dapat mempertahankan diri
sendiri, dengan begitu kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Sehingga hari ini tidak seorang pun yang bertanggungjawab ke atas pembantaian
kejam ini telah dibawa ke pengadilan, jauh sekali daripada dihukum setimpalnya.
Ariel Sharon malah kemudiannya naik menjadi Perdana Menteri entiti Zionis pula.
Komander Falangis, Elie Hobeika, juga terlepas daripada hukuman dunia malah
kemudiannya menjadi Menteri Kabinet Lubnan pula dalam tahun1990an. Walau
bagaimanapun ia mati lantaran bom kereta pada Januari 2002.
Sumber dari wikipedia.
No comments:
Post a Comment