Saturday, January 4, 2014

Suami Kecewa Isteri Sering Dingin



Untuk Bacaan DEWASA Sahaja.

Not this time.. please!

SAYA pernah bertanya kepada isteri yang berusia 30 tahun mengapa dia sering dingin dan alasannya adalah dia tiada ‘mood’. Ini menyebabkan saya sangat kecewa. Bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah berkenaan? Adakah terdapat sebarang ubat untuk membolehkan isteri saya bernafsu?

RAMAN,
Gopeng, Perak.

Aktiviti seksual adalah hubungan intim yang mengeratkan kemesraan suami isteri dan sudah tentu menyemarakkan hubungan silaturahim mereka. Jika ada masalah dalam hal hubungan keintiman, perkara berkenaan tidak boleh dibiarkan dan perlu dipulihkan. Hubungan seksual memerlukan kerjasama suami dan isteri dan masing-masing perlu memainkan peranan. Mereka perlu menguruskan rumah tangga bersama dan memastikan kehidupan aman dan sentosa. Suami perlu membantu isteri mengurus rumah tangga dan bukan sekadar melepak dengan membaca surat khabar atau menonton televisyen atau berfoya-foya dengan melepaskan tanggungjawab mengurus rumah kepada isteri.

Dalam keadaan itu, yang letih dan tertekan, sudah tentu suasana seronok untuk bersetubuh tiada. Jika sama-sama menjalankan peranan sudah tentu tiada tekanan kepada mana-mana pihak dan suasana menjadi aman tenteram. Selain kerjasama dalam pengurusan rumah tangga, komunikasi antara pasangan memainkan peranan mengeratkan kemesraan. Bayangkan keadaan sebelum berkahwin betapa rapat dan mesra kerana dapat berkomunikasi. Keadaan berbeza selepas berbulan madu dan terutama selepas mempunyai anak. Jarang berinteraksi dan berkomunikasi dan lama-kelamaan perasaan mesra menjadi pudar.

Maka, hubungan seksual tidak lagi seperti dulu. Dalam keadaan letih dan tanpa perasaan isteri atau suami berasa dirinya tertekan tidak dapat memainkan peranan ketika melakukan hubungan seksual kerana hubungan seksual membosankan atau menjadi rutin.Masalah seksual boleh berlaku dengan isteri mengalami perasaan dingin (tiada mood) dan suami mengalami masalah ereksi atau cepat klimaks dan ia memberatkan lagi hubungan mereka serta menekankan rumah tangga mereka.

Kebanyakan pasangan kelamin jarang berbincang mengenai hubungan seksual. Mereka lebih suka menilai atau memikirkan kehendak pasangan daripada berbincang. Dalam keadaan sedemikian mereka melakukan sesuatu yang mungkin tidak sesuai untuk mencapai matlamat penilaian sendiri. Misalnya, suami berfikir isterinya tidak seronok bersetubuh kerana zakarnya kecil atau isteri berfikir pasangannya tidak melakukan hubungan seksual kerana suami tidak terangsang dengannya lagi. Berfikiran sedemikian tidak boleh disamakan dengan komunikasi, malah boleh menggugat suasana rumah tangga. Saya syorkan pasangan yang mengalami masalah keintiman bermuafakat dan bersama menyelesaikan masalah dengan baik. Jika keadaan tidak mengizinkan kerana kedua-duanya menyimpan perasaan negatif, elok bertemu pembimbing untuk kaunseling.

Sumber:Soal jawab bersama Dr. Ismail Tamby - Pakar sakit Tuan.

No comments:

Post a Comment