Keluhan rakyat marhain yang masih lagi mampu bertahan dan
bernafas di bumi Malaysia. Perit dirasakan dihimpit keperitan hidup dari
berbagai sudut. Orang kerja gomen bolehlah asyik naik gaji dengan bonos sekali.
Orang kampung yang bekerja sendiri juga yang gigit jari. Ada ustaz cakap, “Semua
ini ketentuan tuhan dan belajarlah menjadi seorang insan yang tahu bersyukur”.
Bila subsidi minyak dan gula ditarik balik, maka tak
dapat dielak, berderet harga barangan pun ikut naik. Menteri telahpun bagi
amaran supaya peniaga jangan suka hati naikkan harga barang, denda dan penjara
akan menanti. Tapi sampai ke hari ini tidak dengar pula ada seorangpun peniaga
yang diheret ke mahkamah.
Sudah jadi adat berniaga. Peniaga mana yang nak rugi.
Kalau datang dengan harga mahal, takkan nak dijual dengan harga di bawah
margin. Itu berniaga buluh-kasap namanya, barang habis-untung lesap!...
Kerana
RM260 Sanggup Berbaris Panjang
Seawal
jam 8 pagi, Khamis minggu lalu, berderu penduduk sekitar Bercham, Ipoh,
‘menghurungi’ Pejabat Pos di Taman Canning. Jumlahnya cukup luar biasa hingga
ada yang terpaksa berbaris hingga ke luar pintu pagar. Wajah masing-masing
seolah tidak sabar menanti. Ada yang terjenguk-jenguk melihat nombor giliran
manakala sesetengahnya bersungut penat berdiri.
Mereka
hadir bukanlah untuk membeli setem atau membayar bil tertunggak tetapi tidak
sabar untuk mengeluarkan dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang diumumkan
pada 19 Disember tahun lalu.
Bagi
mereka, wang dividen ini
penyelamat keluarga. Besar maknanya walaupun jumlah diperoleh
hanyalah beberapa ratus sahaja. Ismail Mat Isa, 40, seorang pekerja pembersihan
taman ditemui menadah syukur dengan wang dividen sebanyak RM261.
“Bagi
orang gaji besar, memang nampak sikit. Tapi wang inilah dapat bantu saya
membayar buku sekolah anak, yuran sekolah agama dan tambang bas sekolah untuk
tiga anak.
“Cukup
atau tidak. Ini ikhtiar terakhir. Saya tunggu juga wang bantuan persekolahan
RM100, namun duit itu hanya akan diberi pada 15 Januari nanti. Alangkah baik
jika ia diberi awal sebelum sesi persekolahan bermula,” keluhnya.
Baginya
tekanan amat dirasai apabila barang makin mahal hinggakan baju dan kasut
sekolah baru untuk anak pun tidak terbeli. Keluhan ini pastinya bukan ‘kes
terpencil’ berikutan isu kenaikan harga barang menjadi buah mulut hampir semua
lapisan masyarakat di desa atau kota. Malah, masyarakat Orang Asli di
Chenderiang, Tapah yang ditemui wartawan minggu lalu turut bersungut dengan
kenaikan harga makanan kering seperti roti dan beras.
Bagi
mereka hidup makin tersepit dengan pendapatan yang masih statik. Tiada
perubahan ketara sedangkan harga barangan dan perkhidmatan berlumba-lumba naik.
Tiada
lagi harga ayam RM3.40 sekilogram seperti lima tahun lalu atau ikan kembong RM7
sekilogram. Semuanya kini meningkat antara RM4 hingga RM5 sekilogram. Roti yang
dahulunya RM1.70 kini dijual lebih RM2.50. Gaji naik hanya sedikit tetapi harga
barang makanan melonjak hampir 50 peratus. Belum dikira harga susu bayi, lampin
pakai buang, bayaran bulanan pengasuh anak, petrol harian ke tempat kerja,
tarif elektrik baru serta pelbagai hutang ansuran.
Berbicara
dengan kumpulan pengundi atas pagar pada Pilihan Raya Umum (PRU-13) di Parlimen
Batu Gajah. Nada sama turut dilahirkan. Ramai mempersoalkan kenaikan tarif
elektrik.
Dakwa
mereka, kenaikan kos sara hidup ibarat tsunami. Momentumnya lebih dirasai bagi
golongan yang mempunyai ramai anak. “Macam mana nak jimat lagi sedangkan gaji
kecil. Semua orang tahu tahun 2014 akan berlaku inflasi mencecah 3.2 peratus.
Ini fakta,” kata seorang daripada mereka.-bharian.
@Lepas ni berderet lagi barang akan naik harga bila tarif
letrik dan tol akan dikaji semula katanya. Aku rasa tak payahlah nak
merungut sangat, dalam PRU13 dulu tangan mana yang pangkah dan memenangkan puak
ni. Dan jangan terkejut pula bila hampir PRU14 nanti akan banyak lagi janji-janji
syorga.
Mungkin juga nasihat ini boleh memujuk hati...
No comments:
Post a Comment