Monday, January 13, 2014

Janji Najib Mengenai Kadar Tol




UNTUK ‘sementara waktu’, kadar tol tidak akan dinaikkan, itu janji PM najib. Mungkin anda boleh menarik sedikit nafas lega ‘Sementara Waktu’. Setelah lulus ujian ‘makmal’ nanti (aku meneka)  pasti akan dilaksanakan juga bila bayaran BR1M dilaksanakan selepas Februari nanti. Dan Nafas akan kembali semput. Kita tunggu saja dengan cermat apakah tekaan aku itu tepat.

Kata PM, kerajaan belum membuat sebarang keputusan mengenai kenaikan kadar tol, dan pertimbangan mengenai perkara itu hanya akan diputuskan selepas kajian makmal secara mendalam dilakukan.

“Sebarang kenaikan kadar tol tidak akan dilakukan secara melulu, sebaliknya kerajaan Barisan Nasional (BN) menggunakan kaedah perimbangan agar bukan sahaja rakyat tidak terbeban malah syarikat konsesi juga dapat beroperasi tanpa masalah,” kata beliau. [baca sini]


Sebuah lagi janji... pakai lebuhraya, silalah bayar!

"Kalau tak kena tol kita kena naikkan cukai. Cukai ni kena semua. Tol orang lalu akan bayar. Tapi kerajaan memikirkan agar kenaikan ini tidak akan memberi keuntungan tak munasabah kepada tol operator. Mungkin bagi pengguna tetap kita boleh bagi season pass. Prinsip kita, pakai lebuhraya kita terpaksa bayar itu kita tak boleh tolak. Ini realiti," kata Najib Lapor themalaysianinsider


Baca pengalaman dari seorang pengembara asing Dan Gibas tentang Tol di Malaysia...

Malaysia's highways are very expensive compared to neighboring countries, where most roads are free to use. Thailand only has tolls in central Bangkok which normally cost THB 40 a time, whereas tolls in Malaysia can easily cost over RM25 just on one leg of the journey alone. As soon as you cross the border back to Malaysia - you get your travel documents processed, then at the very next booth a few meters away you will hear "Pay toll now please!" shouted out of a window. This is Malaysian for "Welcome back to Malaysia, nice to see you again!". No, actually its very rude and its overpriced and it's location is such that its a stealth tax on every car crossing the border. [baca sini].


Mengikut Laporan Ekonomi dan beritasemasa.com, hutang negara;
Tahun 1970 ialah RM3.5 bilion,
Tahun 2001 RM121.4 bilion
Tahun 2005 RM189 bilion,
Tahun 2007 RM247 bilion
Tahun 2009 RM348.6 bilion,
Tahun 2010 RM390.356 bilion
Tahun 2011 RM438.467 bilion
Suku kedua tahun 2012 RM476.68 bilion
Suku ketiga tahun 2012 RM484.621 bilion
Suku keempat tahun 2012 RM505.7 bilion dan
Suku pertama tahun 2013 RM547.79 bilion.
Menjadikan paurata hutang setiap rakyat Malaysia dalam linkungan RM17,500 seorang. Hutang negara sekarang menghampiri tahap maksimum 55% daripada KDNK.

Untuk memantapkan ekonomi Malaysia yang menanggung hutang semakin membengkak, talian hayat terakhir adalah kenaikan Tol di Malaysia RM0.50 – RM2.00.

Mana Satu Pilihan anda?
a] Naik Tol
b] Cukai Naik
c] Tol Naik, Cukai pun naik
d] Semua jawapan di atas adalah betul.

Contoh karangan Bahasa Malaysia yang lari tajuk...



No comments:

Post a Comment