Itulah hakikatnya, harga mahal yang terpaksa dibayar oleh
seorang gadis yang terjerat dan tertipu dengan kata-kata manis janji syorga
akibat terpedaya dengan penyangak alam maya.
Satu kerja mudah buat penyangak yang hanya perlu sedikit usaha
yang berterusan, Tidak jemu-jemu mencuba nasib mengintai peluang disebalik
skrin komputer. Falsafah yang mudah, Untung sabut timbul-untung batu tenggelam!.
Percayalah!, Usaha ini tidak akan berhenti disini.
Siapakah mangsa yang seterusnya? Apakah orang yang suka sangat orang lain megomen
distatusnya...hinggakan hari ini teringin nak makan apa atau nak masuk tidurpun
diwarkan keseluruh dunia? Sweet la sangat!
Empat
hari jadi tawanan
Subang
Jaya: Seorang jururawat berusia 25 tahun terpaksa mengambil masa empat hari
untuk mencari jalan meloloskan diri daripada menjadi ‘tawanan’ seorang Romeo
Siber yang mengurungnya di sebuah rumah di Seksyen 19.
Mangsa
yang dikurung sejak Sabtu lalu dan tidak mempunyai akses untuk menghubungi
orang luar, berjaya melarikan diri kira-kira jam 4 pagi semalam selepas menemui
kunci pendua rumah itu hasil usahanya sejak dia mula dikurung suspek.
Dalam
keadaan keletihan, mangsa juga dilapor terpaksa berjalan hampir 200 meter
sebelum dibantu orang awam yang menghantarnya ke Balai Polis Subang Jaya bagi
membuat laporan mengenai kejadian itu.
Menurut
sumber, sepanjang dikurung, mangsa mendakwa dirogol beberapa kali oleh lelaki
berusia lewat 40-an itu, selain gambar bogelnya turut dirakamkan lelaki
terbabit.
Difahamkan
Romeo Siber yang hanya bekerja sebagai pemandu di sebuah syarikat swasta itu
juga dipercayai sudah memperdaya sekurang-kurangnya tiga wanita muda melalui
Facebook (FB) sejak enam bulan lalu dengan menggunakan modus operandi sama. –lapor
hmetro.
@Lebih selamat rasanya jika tidak ada akaun FB,
sekurangnya kita menutup peluang itu...
No comments:
Post a Comment