Wednesday, January 8, 2014

Anak Sultan bayar Mariah Carey RM5.4 juta?



  
LONDON - Bintang antarabangsa, Mariah Carey dibayar hampir £1 juta (RM5.4 juta) oleh anak pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah untuk mengadakan persembahan pada satu majlis peribadi.

Majlis berkenaan yang bertempat di sini diadakan untuk menyambut kedatangan tahun baharu 2014.


Carey, 43, berkata, dia dibayar sebanyak £910,000 (RM4.9 juta) oleh Putera Azim, 31, yang mengundangnya untuk menyanyikan tiga buah lagu popular termasuk Always Be My Baby pada acara tersebut baru-baru ini.


Penyanyi seksi itu bersama keluarganya diterbangkan dari Amerika Syarikat (AS) dengan sebuah jet peribadi dan menginap di hotel mewah milik agensi pelaburan Brunei, Harlequin Suite. Hotel berkenaan mengenakan caj penginapan sebanyak £5,000 (RM26,954) untuk satu malam. – Agensi.


Klik sini untuk lihat lagi..


@Seluruh Masjid di Malaysia ‘wajib’ menyelitkan doa buat pemerintah pada khutbah yang ke-2. Tepuk dada sendiri dan tanyakan berbaloi ke memunajatkan buat mereka ini, sedangkan jika tidak mengaminkan doa ketika itu, maka tidaklah mendatangkan dosa dan tidak pula melupuskan pahala jumaat. – wallahu a’lam

 Apa kata UAI Hukum Menadah Tangan Ketika Doa Pada Khutbah Jumaat Ke-2


Petikan dari Blog Dr. Maza;

Doa bertujuan mengampu disusun khas untuk penguasa, sultan dan raja serta keturunannya sekalipun mereka itu perasuah, perembat harta rakyat, bermewahan dengan istana, kereta dan harta sedangkan rakyat bawahan menderita airmata. Doa untuk rakyat yang miskin hanya secebis. Sebaliknya berlimpahan doa untuk penguasa, raja dan sultan dengan perhiasaan kata puja dan puji seakan mereka lebih tinggi dari para nabi.

Khutbah Jumaat yang menjadi tempat umat memuja dan pemuji Tuhan, bertukar pada bahagian doanya sebagai ampuan memuja dan memuji kerajaan dan sultan. Hal ini bukan sangat dengan pemintaan penguasa atau raja, tetapi ‘sang berjubah agama’ yang mempunyai agenda hidupnya yang tersendiri.

No comments:

Post a Comment