KUALA LUMPUR: Ustaz Azhar Idrus-Shiro dan Ustaz Haslin
Bahrim-Sepahtu merupakan antara gandingan tokoh agama dan kumpulan pelawak
popular yang bakal mewarnai program ambang tahun baru 2014 Negeri Selangor.
Dua gandingan terbabit akan ditampilkan dalam segmen
Sembang Santai dalam Program Generasi Idaman Selangor (GEMS) Sempena Ambang
Tahun Baru 2014 yang diadakan pada 31 Disember di Dataran Kemerdekaan Shah Alam
nanti.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan
Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali, berkata berbeza dari
program sambutan tahun baru dikebanyakkan negeri, GEMS Sempena Ambang Tahun
Baru 2014 itu turut memfokuskan Kempen Anti Zina bagi membendung gejala zina di
kalangan generasi masa kini.
“Ini adalah satu program yang melibatkan jabatan dan
agensi kerajaan di bawah GEMS di mana kita akan menganjurkan program alternatif
dari kelaziman sambutan tahun baru yang sering diisikan dengan program yang
melalaikan dan akhirnya remaja belia kita hari ini kerana keseronokkan yang
melampau, mereka boleh terjebak dalam gejala sosial seperti berzina, mabuk dan
sebagainya.
“Sembilan bulan selepas itu dah ada anak luar nikah, ada
yang buang anak, jual anak dan sebagainya. Jadi kita lihat ini adalah satu
program mendidik generasi muda iaitu boleh berseronok, bergembira tetapi dengan
cara yang ada pengisian sekaligus mengelakkan mereka dari terjebak dengan dosa,”
kata Dr Halimah.
Turut memeriahkan program itu nanti, penyanyi cilik dari
Indonesia Tegar, pengacara David Teoh, pelawak Sathiya dan pelakon Diana Amir.
Program GEMS Sempena Tahun Baru 2014 dengan konsep yang
menekankan pengisian bercorak pendidikan ini merupakan kali ketiga diadakan
sejak 2011.
Program sebelum ini mendapat sambutan memberangsangkan
sehingga mencecah hampir 100,000 hadirin dan manakala tayangan di laman sosial,
youtube pula mencecah jumlah penonton melebihi satu juta pengunjung.
Sumber: Selangorku.com
@Pepatah Arab ada mengatakan tentang pemilihan sahabat
atau kawan.
...Jika kita berkawan dengan seorang tukang besi, lambat
laun baju kita akan terbakar disambar percikan apinya dan jika kita berkawan
dengan seorang penjual minyak wangi, nescaya kita akan terpercik juga bau
wangiannya.
Jom Kita Berubah! Untuk esok yang lebih baik pada hari
ini..
Selamat tinggal pada dunia Maksiat! Jika tersasar jauh,
maka kembalilah ke pangkal jalan.
Wallahu a’alam.
No comments:
Post a Comment