Islam mengharamkan melakukan hubungan seks antara suami
dan isteri ketika waktu haid. Hukum ini telah dijelaskan oleh Allah Ta’ala
didalam firman Nya;
Didalam Hadis Nabi Muhammad s.a.w banyak memperkatakan
hal ini, diantaranya sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Sesiapa
yang menyetubuhi wanita yang sedang haid ataupun menyetubuhi wanita di saluran
duburnya ataupun mendatangi tukang tenung nasib dan mempercayainya,
sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang diturunkan ke atas Muhammad.”
(Riwayat Ahmad dan Tarmuzi)
Imam Al Ghazali merumuskan hukum ini di dalam Ihya
Ulumuddin dengan berkata,
“Janganlah
suami menyetubuhi isteri yang sedang haid dan juga jangan sesudah haid sebelum
si isteri menyempurnakan mandi wajib terlebih dahulu, kerana yang demikian itu
diharamkan dengan dalil Al-Quran.“
Kajian Mengenai Bahaya Seks Ketika Haid
Melakukan hubungan seks ketika haid mempunyai banyak
risiko, menurut kajian yang dijalankan oleh Dr. Diana Antoniskis (MD) dari
Kumpulan Penyelidikan dan Pendidikan (The Research And Education Group) yang
beribu pejabat di Oregon, dalam artikel yang bertajuk Women With HIV Infection,
risiko jangkitan kuman HIVmeningkat di kalangan wanita yang mengadakan hubungan
seks ketika haid ataupun dengan lelaki yang tidak berkhatan.
Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (Centers for
Disease Control And Prevention) di Amerika, pada Perhimpunan ke-Sebelas
Pertubuhan Antarabangsa Berhubung Penyakit-Penyakit Jangkitan Seksual di New
Orleans yang diadakan pada 27 hingga 30 Ogos pada tahun 1995 melaporkan,
menjauhi hubungan seks ketika haid ataupun ketika mengalami pendarahan di
bahagian faraj adalah penting untuk mengurangkan risiko dijangkiti kuman HIV
bagi lelaki dan wanita.
Laporan itu juga menjelaskan, wanita yang mengadakan
hubungan seks ketika haid meningkatkan risiko dijangkiti AIDS sebanyak enam
kali ganda. Persetubuhan pada waktu haid juga boleh mengakibatkan pendarahan
yang teruk ke atas wanita. Kajian yang dilakukan oleh Dr. Winnifield Cutler dan
rakan-rakannya dari Institut Athena Bagi Kesihatan Wanita di Chester Springs menunjukkan,
wanita yang hampir putus haid atau perimenopausal, yang kerap mengadakan
hubungan seks ketika haid sering kali mengalami masalah pendarahan yang teruk
daripada biasa.
Kebiasaannya kes-kes seperti ini akhirnya terpaksa
menjalani pembedahan berisiko tinggi untuk membuang rahim atau hysterectomy dan
ovari atau ovariectomy. Penemuan ini dilaporkan di dalam Journal of
Psychosomatic Obstetrics and Gynaecology pada tahun 1996. Bagi golongan wanita,
tiub fallopian dan ovari mereka boleh diserang kuman bakteria sehingga
menyebabkan keputihan, sakit dan demam yang kuat.
Risiko untuk menghidap penyakit ini adalah tinggi di
kalangan mereka yang melakukan hubungan seks ketika haid. Hal ini disebabkan,
kebiasaannya tiub fallopian dan ovari dilindungi daripada serangan bakteria
oleh bahan asid yang terdapat di kawasan faraj atau vagina.
Ketika wanita itu didalam keadaan haid, kawasan faraj
menjadi alkali justeru memudahkan kuman untuk membiak dan mendatangkan penyakit
terutamanya apabila berlaku persetubuhan pada waktu itu.
Oleh yang demikian, hukum pengharaman persetubuhan ketika
haid oleh agama Islam adalah amat baik kerana ia mendatangkan banyak manfaat
dari sudut kesihatan. Walaubagaimanapun Islam tidak melarang diantara suami
isteri bergurau senda dan bergaul mesra semasa haid, asalkan perbuatan itu
tidak membawa kepada persetubuhan.
Menurut Hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari, Aisyah
pernah ditanya oleh Masruq bin Ajdak, “Apakah yang boleh dilakukan oleh suami
semasa isterinya sedang dalam keadaan haid?” Lalu Aisyah menjawab, “Apa-apa
sahaja kecuali bersetubuh.” (Hadith Sahih Bukhari).
Wallahu a'lam.
No comments:
Post a Comment