Petua Dan Cara-Cara Merawat Buasir | Buasir atau hemoroid
adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur.
Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di
sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah.
Faktor-Faktor Penyebab Buasir
- Regangan yang optimum/terlampau semasa pergerakan usus atau dalam bahasa mudahnya perut terasa macam dipulas2.
- Cirit birit kronik. memang selalu keluar masuk tandas.
- Kurangnya pengambilan makanan berserat dalam diet harian seperti sayur dan buah2an.
- Dan faktor2 lain seperti tekanan semasa membuang, sembelit, berat badan yang berlebihan dan boleh terjadi semasa mengandung.
Komplikasi
Komplikasi yang terjadi akibat dari buasir jarang dilihat
tetapi ia boleh terjadi dan ia merangkumi, Anemia: Kehilangan darah yang sangat
banyak akan menyebabkan anemia (kurang darah merah). Oleh sebab itu kita akan
cepat merasa letih dan lemah2 badan. Dalam sesetengah keadaan
pesakit mengalami sakit yang teruk hingga menyebabkan tisu mati atau rosak
(gangrene).
Untuk mengelakkan dari buasir, amalkan
cara-cara berikut:
- Jika pekerjaan anda memerlukan anda sentiasa duduk, sekali-sekala anda perlu bangun dan berjalan2 sekurang-kurangnya 5 minit setiap jam.
- Hembuskan nafas keluar ketika mengangkat sesuatu. Jangan menahan nafas anda.
- Dapatkan rawatan awal untuk mengawal batuk, cirit-birit dan sembelit anda kerana buasir selalunya terjadi selepas masalah ini berpanjangan.
- Jika pergerakan usus anda mengambil masa lebih dari 3-5 minit, anda mengalami SEMBELIT. Jika anda ingin menghindari diri dari buasir, amalkan tabiat membuang air besar yang baik. elakkan sembelit.
Adakah buasir penyakit keturunan ?
Tidak. Tidak ada bukti yang sahih menyatakan bahawa
buasir adalah penyakit yang diwarisi. Bagaimanapun ada keluarga yang nampaknya
lebih cenderung menghidap penyakit ini berbanding keluarga lain. Ini berlaku
mungkin kerana pemakanan yang diamalkan oleh sesebuah keluarga tersebut.
Adakah buasir akan menyebabkan kanser ?
Buasir tidak menyebabkan kanser atau bertukar menjadi
kanser. Haruslah diingat bahawa pendarahan di bahagian dubur mungkin bukan
disebabkan oleh buasir sahaja. Pendarahan mungkin adalah sebagai tanda awal
penyakit kanser usus. Adalah sangat mustahak untuk anda membuat pemeriksaan
lanjut sekiranya berlaku pendarahan di bahagian dubur anda, atau bila anda
mendapati najis anda menjadi merah atau hitam (darah telah bercampur dengan
najis).
Petua Merawat Buasir
Terdapat banyak kaedah rawatan tradisional;
[1]. Dapatkan kulit manggis dan basuh kulit manggis dan
jemur hingga kering. Rebuskan dengan 5 cawan air sehingga menjadi 1 cawan.
Minum air rebusan tersebut setelah suam. Amalkan selalu.
[2]. Ambil beberapa helai daun belimbing buluh
(bersihkan). Selepas itu, rebus dengan 2 cawan air, tunggu hingga air tinggal
anggaran 1 cawan dan diminum apabila agak suam.
[3]. Dapatkan;
a). Dua biji telur ayam kampung.
b). Minyak Habatus Sauda dan
c). Madu lebah.
Cara Adunannya;
Rebus 2 biji telur ayam kampung hingga setengah masak,
campurkan 3 titik minyak habatus sauda dan satu sudu makan madu lebah.
Campurkan semua bahan tadi dan minum. Sebelum minum, baca Selawat Nabi terlebih
dahulu. Amalkan setiap malam selama 7 hari sebelum tidur. InsyaAllah.
Selamat MENCUBA. Jika masih tidak menunjukkan kesan,
silalah berjumpa dengan Doktor.
Wallahu a'alam.
No comments:
Post a Comment