Friday, December 27, 2013

Najib! Dengar Dulu Apa Sifu Nak Cakap...






Biarlah menjadi seperti resmi padi. Makin berisi, makin tunduk. Atau
Kelapa tua. Makin tua makin lemak santannya.

Cara Lain Tambah Pendapatan

Kuala Lumpur: Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan kerajaan boleh menambah pendapatan negara dengan mengurangkan kos perbelanjaan bukan melalui kenaikan cukai semata-mata.

Sambil memberikan analogi pengurusan perniagaan, mantan Perdana Menteri berkata, apabila wujud persaingan atau kos pengeluaran yang menurunkan keuntungan maka pilihan yang ada antaranya mengurangkan kos atau menaikkan harga.

Bagaimanapun katanya, pada tahap tertentu kenaikan harga tidak dapat dielakkan tetapi akan mengakibatkan pengurangan jualan dan keuntungan.

“Tetapi adalah jauh lebih baik kerajaan mengurangkan kos dan mengekalkan atau meminimumkan kenaikan harga. Semua kos boleh dikaji semula dengan mengutamakan yang perlu.

“Kita mesti menerima hakikat kerajaan memerlukan lebih wang dari semasa ke semasa tetapi adakah wajar kenaikan setinggi yang dimaklumkan kerajaan.

Ini yang dikenali sebagai ‘cost down’ atau pengurangan kos,” katanya melalui entri terkini di blog peribadinya, www.chedet.cc semalam.

Dr Mahathir berkata, kerajaan sering kali berbelanja tanpa menghiraukan pulangannya dalam apa jua bentuk.

Setiap tahun katanya, Ketua Audit Negara melaporkan pembaziran dan ketirisan akibat kecuaian serta prosedur yang tidak betul tetapi tidak banyak perubahan dilakukan berikutan laporan berkenaan.

“Tidak dinafikan banyak wang negara dapat dijimatkan sekiranya Laporan Audit Negara diambil serius, sekurang-kurangnya mengubah prosedur boleh mengurangkan kos,” katanya.

Katanya, sekiranya kerajaan benar-benar mahu mengurangkan kos, ia boleh dilaksanakan dengan cara yang paling ketara seperti menukar penggunaan mentol kepada teknologi LED di jalan raya kerana penjimatan itu melebihi 50 peratus.

Susulan itu, jelas beliau, langkah berjimat itu dapat mengurangkan jumlah subsidi ke atas bekalan tenaga.

“Tetapi ini tidak dilaksanakan kerajaan, kos awal mungkin tinggi tetapi simpanan akan mengurangkannya,” katanya.

Sehubungan itu, kata Dr Mahathir, kajian kenaikan termasuk cukai perlu dikaji dengan teliti.

Katanya, kenaikan tarif elektrik itu sewajarnya dibuat secara berperingkat bagi mengelakkan industri yang sudah memeterai perjanjian pengeluaran menanggung kerugian besar.

“Kenaikan tarif elektrik pada kadar 15 peratus adalah satu perubahan besar.

Kerugian pemain industri akibat kenaikan tarif elektrik itu akan menyebabkan mereka membayar cukai korporat yang lebih rendah akibat tidak mendapat keuntungan besar.

“Kenaikan tarif boleh dilakukan secara berperingkat seperti enam peratus setahun untuk tempoh tiga tahun atau lebih lama.

Jika formula itu digunakan, peningkatan sebenarnya boleh mencecah 18 peratus berbanding 15 peratus yang diperkenalkan kerajaan sekarang,” katanya.

Dr Mahathir berkata, melalui kaedah itu, kerajaan boleh menikmati kadar kenaikan lebih dari 15 peratus tanpa menanggung apa-apa kerugian, sebaliknya melengahkan kadar kenaikan terbabit.


@Sebelum rakyat makin menyampah, elok saja keluar ikut pintu depan dengan ada sedikit maruah. Jangan pula sampai nasi bertukar menjadi bubur.... Dengarlah nasihat Sifu itu. Nak dengar ke Gebang Kedai Kopi...? Sebenarnya ko bukanlah seorang pemain yang baik! Yang ada cuma Idea yang muflis...

No comments:

Post a Comment