Sudah bermula pesta jualan murah di PWTC...
Najib:
Saya menang set penentu lawan Anwar
Najib
yang menyampaikan ucapan dasar presiden di Perhimpunan Agung Umno 2013 hari ini
mengumpamakan pilihan raya tersebut seperti perlawanan badminton.
Katanya,
walaupun BN mendapat majoriti lebih kecil, Pakatan Rakyat tetap dikira kalah
dari segi keseluruhan.
"Kalau
saya nak bagi analogi untuk kefahaman ramai, cerita mudahnya begini. Katalah
dalam satu perlawanan badminton, Najib melawan (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim), ke
Anwar melawan Najib, mana-mana pun tak kisahlah.
"Dalam
set pertama Najib menang 21-15, dalam set kedua Najib kalah 05-21, tetapi set
penentu Najib menang 21-16.
"Tentulah
dalam perlawanan ini, memenuhi peraturan, pengadil mengisytiharkan Najib
menang. Tetapi Anwar membantah tak setuju kerana katanya, jumlah mata terkumpul
beliau adalah 52 berbanding Najib 47.
@Kalau aku jadi pengadil pun semak perut juga dibuatnya.
Nak senang atau nak susah. Buatnya kalah dihantarnya ke pendalaman Sarawak
camana? Kena naik perahu 2 jam baru sampai ke Pekan. Tu pun nasib baik Bujang Senang
tengah kenyang...
Nak dengar ke apa pendapat orang atas pagar macam aku?
...Dulu rajin juga ikut Persidangan ni. Tapi sekarang
sorylah beb. Buka TV buat habis letrik jer. Dah la harga letrik nak naik lagi. Kenapa
lak cam tu? Sorry to say... elok jer dinamakan 3M. Merapu, Merepek, Meraban...
[1]. Akyik mengutuk orang jer.
[2]. Cakap berdegar2... hasilnya elek puchik!
[3]. Dia saja yang betul yang pandai, orang lain semuanya
tak reti.
[4]. Tempat nak tunjuk hebat, bila diajak berdebat..
demam terus!
[5]. Tempat sesuai buat pengampu.
Cuba lihat gambarajah di bawah. Kalau hebat sangat, kenapa
garisan merah makin lama makin panjang? Cer jawab!
No comments:
Post a Comment