Bencana alam yang menimpa Filipina baru-baru ini, Taufan
Haiyan telah meragut banyak nyawa dan memusnahkan harta benda. Kini wilayah
tengah Filipina kini bagaikan padang jarak padang terkukur selepas dibedal
Taufan Haiyan yang merupakan ribut paling kuat di dunia pada tahun ini.
Taufan yang dahsyat tersebut mencetuskan ombak besar
seperti tsunami yang melanda pulau-pulau di Filipina sejak Jumaat lalu. Taufan
Haiyan turut mengakibatkan kemusnahan teruk di sekurang-kurangnya enam daripada
7,000 kepulauan negara itu dengan Leyte, Pulau Samar dan bahagian utara Cebu
paling teruk terkesan.
Di sebalik daripada kejadian ini pasti ramai tak tahu,
mungkin ini adalah salah satu bala yang menimpa negara tersebut setelah sebuah
masjid di robohkan di Manila pada September 2013 dan Allah turunkan bala dengan
kelajuan angin 315km sejam di mana yang terkuat sekali terjadi di dunia yang
pernah dicatatkan.
Dalam kejadian perobohan masjid tersebut pergolakan telah
berlaku bagi mempertahankan masjid tersebut dan dikatakan 3 orang terbunuh
dalam kejadian tersebut.
Abdelmanan Tanandato, seorang pemimpin Islam berkata,
tiga orang terbunuh dalam pertembungan - Yakob Macalnas, 37; Hakim Usman, 30,
dan Rajid Batalo.
Beliau berkata Macalnas meninggal dunia di Hospital San
Juan de Dios daripada dua luka tembakan manakala Usman dan Batalo terbunuh di
tempat kejadian.
Penduduk cedera apabila polis melepaskan tembakan amaran
menguatkuasakan perintah untuk merobohkan masjid pada masyarakat Islam di
daerah Baclaran dan melepaskan tembakan bagi menentang penduduk yang
mempertahankan masjid tersebut.
Lihat Video ini pula;
Dipetikdari:laksamanabukitbintang.blogspot.com
No comments:
Post a Comment