Kemungkinan
harga tambang pengangkutan awam naik tahun depan mengesahkan dakwaannya bahawa
2014 bakal dikenang sebagai "tahun barang naik".
Beliau pernah
memberi amaran bahawa BN merancang menaikkan satu persatu harga perkhidmatan
dan barang keperluan sepanjang 2014, sebelum GST dilaksanakan menjelang Mac
2015.
Ini kerana,
tambahnya, BN tahu bahawa GST akan melonjakkan inflasi dan kenaikan harga sukar
dibuat selepas itu memandangkan pilihan raya umum perlu diadakan sekitar
2017-18.
"Pengumuman
berturut-turut melibatkan kenaikan harga petrol/diesel, harga gula dan harga
elektrik mengesahkan bahawa akan ada lagi kenaikan lain yang bakal
diumumkan," kata Rafizi.
Jurucakap
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat semalam berkata, badan itu akan mengkaji
terlebih dahulu sebelum memberi kelulusan kepada operator perkhidmatan awam
untuk menaikkan harga tambang, susulan kenaikan tarif elektrik.
Naik jangan tak
naik..
Pengusaha bas sekolah mahu
kenakan surcaj 40%
Kesatuan pengendali bas sekolah
mengumumkan bahawa anggota akan mengenakan surcaj tambahan 40 peratus ke atas
kadar tambang apabila penggal persekolahan bermula bulan depan, sekiranya
kerajaan tidak mendedahkan kadar baru bagi perkhidmatan itu.
Lagi naik...
Ku Nan: Kenaikan cukai pintu DBKL
tak ditangguh
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk
Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menegaskan kenaikan kadar baharu cukai taksiran
pintu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak akan ditangguh sebaliknya
berkuatkuasa pada 1 Januari depan.
Pun nal naik
juga...
Menteri: Kenaikan tol dalam perjanjian konsesi
Kenaikan kadar
tol yang dijangka berlaku tahun hadapan tidak dapat dielakkan memandangkan
perkara itu terkandung dalam perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat
konsesi lebuh raya.
Menteri di
Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata telah tiba masanya
untuk kadar tol dinaikkan, memandangkan perjanjian konsesi menyatakan kadar itu
perlu disemak dan dinaikkan pada 2011.
Kata-kata yang
hanya menyedapkan hati...
TNB: Pelarasan tarif tak beban
pengguna
Tenaga Nasional Berhad (TNB)
memberi jaminan jika cadangan pelarasan kadar tarif elektrik dipersetujui
kerajaan, kadarnya tidak akan membebankan pengguna.
Presiden dan Ketua Pegawai
Eksekutifnya Datuk Seri Ir Azman Mohd berkata malah pengguna domestik dengan
penggunaan bulanan bawah 200 kilowat sejam (kwh) tidak akan terjejas daripada
pelarasan tarif itu.
"Kira-kira separuh dari
lapan juta pengguna merupakan mereka yang bilnya di bawah 200 kwh iaitu di
bawah RM70, dan mereka tidak akan mengalami kenaikan bagi memastikan mereka
tidak terbeban.
Antara yang dipetik sebagai berkata;
Dalam keadaan
beberapa kenaikan diumumkan sebelum ini, termasuk harga petrol, gula, tarif
elektrik, pengumuman baru kenaikan tol ini dilihat satu lagi beban yang
terpaksa ditanggung rakyat khususnya pengguna lebuh raya.
Beberapa komen
di Facebook walaupun tidak secara jelas, namun sinis terhadap keputusan
kerajaan itu.
Malah ada yang
berpendapat, pengumuman terbaru ini sebagai tindakan 'janji ditepati' oleh BN
sesuai dengan slogan 'rakyat didahulukan' atau 'rakyat kena dahulu'.
"Syukur
Alhamdulillah. ..pagi2 bukak mata dapat berita mcm ni, mcm ni yg kita
nak..takpe, yg penting Malaysia aman," kata Amy Setapak.
"Sekarang?
giliran pemimpin BN balas budi sokongan rakyat dengan 'hadiah2' kenaikan segala
benda. Nak tunggu kedai kopi dikampung jual nasi lemak RM30 sebungkus, karipap
RM10 sebiji, roti canai RM25 sekeping baru nak bantah. Terima Kasih BN kerana
'DAHULUKAN RAKYAT'...," kata Ridzuan Mohammad.
"Hiduppp
BN.......rakyat didahulukan...," komen seorang lagi pengguna, Nan Manjoi.
@Minum Tek
Tarik (minuman kegemaran rakyat Malaysia) dah naik dari RM1 ke RM1.20 segelas.
Jika ke Plaza Low Yatt, nak buang air kena bayar RM1 sekali masuk... Nasib baik
Oksigen yang dihirup untuk bernafas dan kentut tidak dikenakan cukai..Mungkin tahun
2020 akan menjadi tahun muflis... huhu.
No comments:
Post a Comment