Thursday, December 5, 2013

Guru Seksi diCekup Berlakon Filem Lucah Tersebar di Internet


Hitomi


Polis Shizuoka, Jepun - Memaklumkan kepada akhbar telah menahan seorang guru yang bermastautin di Yokohama kerana tampil dalam filem porno yang tidak ditapis dan disiarkan melalui interne.

Hitomi Sugawara (27), seorang guru muzik sambilan dari sebuah sekolah di Tokyo, dengan berani tampil di sebuah filem dewasa yang diedarkan melalui internet dan penonton perlu membayar untuk melihatnya.

Filem tersebut tidak ditapis dan ini kesalahan berat di Jepun. Menurut akhbar Yomiuro 19 November lalu, Sugawara dihantar oleh Kazufumi Nakamura (36) kepada Koichi Kamidaki (45), penduduk Chiba, yang bekerja sebagai produser filem video pada tarikh 13 April 2011.

Polis juga menahan Kamidaki pada bulan Oktober dan Nakamura juga ikut ditahan bulan November lalu. Keduanya ditahan dengan tuduhan mempunyai bahan filem porno yang tidak ditapis dan dimaksudkan untuk dijual mencari keuntungan.

Bahagian cyber polis Shizuoka mencari laman porno tersebut sehingga dilakukan siasatan serta mencari para pelaku tersebut.

Menurut laman Cuore Music, Sugawara adalah lulusan jabatan muzik Tokyo University of Arts. Namun dengan kes dianggap memalukan tersebut, datanya telah dikeluarkan dari laman alumni universiti tersebut.

Selain mengajar murid sekolah, Sugawara juga sempat tampil di program TV dan Radio termasuk di NHK Jepun sebagai sebahagian daripada ahli kumpulan penyanyi untuk kanak-kanak di masa lalu. Tahun 2003 Sugawara pernah mendapat anugerah utama sebagai pertandingan soloist pelajar SMA di perfektur kanagawa.

Filem-filem porno di Jepun tidak lepas dari aktiviti para anggota Yakuza juga kerana menghasilkan wang yang cukup besar di Jepun.

Sumber tribunnews.com

No comments:

Post a Comment