Saturday, December 21, 2013

Remaja Perkosa 300 Ayam




Perogol Ayam Bersiri

Tasikmalaya (Indonesia): Seorang remaja, AS, 17, yang dibicarakan semalam atas tuduhan mencabul seorang kanak-kanak berusia enam tahun, mengejutkan mahkamah apabila mengaku turut mencabul ratusan ayam.

Hakim yang mengetuai perbicaraan itu, Motur Panjaitan berkata, ini kali pertama dia mendengar kes seumpama itu. “Tertuduh mengaku memperkosa lebih 300 ayam dan kebanyakan haiwan itu mati akibat perbuatannya,” kata Motur.

Perbicaraan itu diadakan secara tertutup tetapi keadaan di luar penuh sesak dengan beberapa orang membawa ayam mereka kerana mahu menuntut ganti rugi. Peguam AS Ramadanil S Daulay berkata, remaja itu memiliki kelainan seks.

“Kami memohon kepada mahkamah supaya mengarahkan tertuduh menjalani rawatan,” katanya kepada wartawan selepas perbicaraan itu.

AS ditangkap selepas memperkosa seorang kanak-kanak dan mencampakkan mangsa ke laut beberapa bulan lalu. Kanak-kanak berkenaan ketika itu dirawat di sebuah hospital tempatan.

Sementara itu, seorang penduduk yang berada di luar mahkamah berkata, dia dan beberapa jirannya mahu AS membayar ganti rugi terhadap kematian ayam mereka. - Agensi

No comments:

Post a Comment