Friday, December 6, 2013

Foto Menarik: Bila awam Menyelubungi Taman Negara Grand Canyon



LAUTAN awan kelihatan di kawasan Taman Negara Grand Canyon di Arizona pada Jumaat lalu

PHOENIX, Amerika Syarikat - Lautan awan menyelubungi kawasan pergunungan Taman Negara Grand Canyon di Arizona pada Jumaat lalu, lapor agensi berita Reuters semalam.

Fenomena unik itu berlaku disebabkan keadaan cuaca panas dan sejuk yang saling berinteraksi di kawasan tersebut.

Seorang pegawai meteorologi di Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan di Flagstaff, Robert Bohlin berkata, fenomena itu berlaku apabila udara sejuk terperangkap di bawah lapisan wap panas. - Agensi

Info Tentang Grand Canyon

Grand Canyon ialah sebuah gaung yang amat curam dan berwarna-warni yang diukir oleh Sungai Colorado di negeri Arizona, Amerika Syarikat. Sebahagian besarnya terangkum dalam Taman Negara Grand Canyon - salah satu taman negara yang awal di Amerika Syarikat. Presiden Theodore Roosevelt ialah penyokong utama kawasan Grand Canyon dan yang banyak kali mengunjunginya untuk memburu serta untuk menikmati pemandangannya.

Grand Canyon dicipta oleh Sungai Colorado yang memotong sebatang saluran melebihi enam juta tahun dahulu. Ngarai ini 277 batu (446 kilometer) panjangnya, dengan lebarnya 4 - 18 batu (6.4 - 24 kilometer) dan dalamnya melebihi sebatu (1.6 kilometer). Hampir dua bilion tahun sejarah Bumi didedahkan ketika Sungai Colorado dan cawang-cawangnya memotong lapisan demi lapisan enapan apabila penara-penara Colorado terjulang. Baca Lagi Tentang Grand Canyon di wikipedia.org

Lihat antara pemandangan yang menarik di kawasan pergunungan Taman Negara Grand Canyon;


 SubhanAllah..