Saturday, December 7, 2013

Azab Menerima 104 Rotan di Penjara



Hanya Rotan Yang Boleh ‘MENGINSAFKAN’ Penjenayah Tegar
Klik dan lihat dulu Video ini..

http://www.youtube.com/watch?v=0mC1r8j6t-o


“Tangan dan kaki saya diikat, manakala kepala ditundukkan. Tidak lama kemudian sebatan pertama singgah di punggung.

“Ketika itu saya rasa seperti langit terbuka. Azabnya tidak terperi, hanya Allah yang tahu. Saya meraung, menjerit dan baru ingat Tuhan.”

Itu kata seorang bekas banduan yang dikenali sebagai Botak Chop, 53, yang meringkuk dalam penjara selama lebih 26 tahun dan disebat dengan rotan sebanyak 104 kali secara berperingkat bermula 1992 hingga 1998.

Dia yang pernah berkongsi kamar penjara dengan penjenayah kejam Botak Chin tersenarai dalam rekod Jabatan Penjara Malaysia sebagai antara banduan yang paling banyak menerima hukuman sebat.

Akibat 39 kesalahan jenayah samun bersenjata api pada 1973 dan 1974, Botak Chop dijatuhi hukuman penjara keseluruhan selama 196 tahun dan tiga bulan bermula 1974 namun dibebaskan pada 2000 selepas mendapat pengampunan.

Botak Chop

Ada juga banduan yang menawarkan pertukaran tambahan penjara 1 tahun untuk gantikan hukuman 1 rotan...



Lepas kena hanya 1% ulangi jenayah

Kurang daripada satu peratus banduan yang menjalani hukuman sebat dikesan kembali melakukan jenayah serta dipenjarakan semula dan ia membuktikan keberkesanan sistem sedia ada bagi memberi keinsafan kepada masyarakat.

“Rekod kita yang ada menunjukkan tidak sampai seratus orang daripada jumlah keseluruhan itu masuk semula ke penjara”,

“Ketika ini kita ada 4,000 banduan yang mengikuti program pembangunan insan dan mereka menunjukkan semangat untuk membina semula kehidupan dan melupakan kesilapan lalu,” katanya.

Beliau mengulas mengenai pengakuan Botak Chop, bekas banduan yang mendakwa menerima lebih seratus sebatan atas pelbagai kesalahan jenayah berat sejak mula dipenjarakan pada tahun 1973.

Lelaki berusia 53 tahun itu kini insaf dan ingin berkongsi pengalamannya dengan masyarakat dan berharap generasi baru tidak terlalu mengikut perasaan dan melakukan perbuatan yang boleh memusnahkan masa depan.

“Yang kita difahamkan, mereka benar-benar terkesan dengan sebatan,” kata Pegawai Penjara.


Tidak ramai orang diluar sana yanga seikhlas ini..

‘Saya terima suami seadanya’

“Semua kisah silam hidupnya sudah dia ceritakan kepada saya. Nampak dia begitu ikhlas, saya terima apa suami seadanya dan tak kisah langsung dengan statusnya sebagai seorang bekas banduan.

“Bagi saya, dia sudah cukup sempurna, apatah lagi dia punya perwatakan yang seakan sama dengan arwah suami saya dulu. Mungkin ini jodoh kami dan saya harap ia berkekalan selama-lamanya,” kata Nor, 54, yang bertemu jodoh dengan Botak Chop, 53, bulan lalu.

Menurut Nor, mereka berkenalan kira-kira tiga bulan lalu selepas sering bertemu di hadapan rumah di Puchong dan ia menjadi titik tolak kepada hubungan yang membawa mereka ke jenjang pelamin.

Katanya, sebagai seorang jiran di hadapan rumah, sudah tentu dia mengetahui sejarah hidup Botak Chop yang dikenali sebagai bekas banduan bagi kes jenayah berat sejak 1973 lagi.

Namun, ia tidak menjadi masalah kerana Botak Chop berjanji untuk hidup bersama berkongsi suka duka sebagai suami isteri, apatah lagi usia mereka sudah berganjak ke pertengahan 50-an.

“Saya memang tidak kisah langsung dia bekas banduan ke, bunuh orang ke, kerana saya tahu dia kini seorang yang baik dan bertanggungjawab. Dia cerita sejarah hidupnya dengan sepenuh hati dan saya terima juga dengan hati yang terbuka.

“Tidak ada langsung keraguan di dalam hati saya ketika dia berjanji mahu sehidup semati. Keluarga termasuk tiga anak saya juga menerima dia dengan baik, malah mereka begitu mesra dengan abang (suami),” katanya ketika ditemui Harian Metro sebaik sah bergelar isteri kepada Botak Chop.

Sementara itu, Botak Chop berkata, dia berdoa agar pernikahan itu adalah yang terakhir di dalam hidupnya selepas pernah gagal dalam perkahwinan sebelum ini.

“Saya benar-benar berhasrat di dalam hati, andainya satu hari nanti saya meninggal dunia, biarlah ada seorang isteri yang boleh membacakan Yasin, dan mendoakan saya. Hari ini saya begitu bahagia dan berharap segala kisah hidup saya yang lalu tinggal kenangan,” katanya yang hidup menduda selama 20 tahun.

Botak Chop berkata, dia ingin memulakan kehidupan barunya bersama isteri serta tiga anak tiri dan melupakan episod hitam hidupnya.


@Sesungguh Allah itu maha mengetahui, Maha Pengampun lagi Maha Penyayang...

Firman Allah,

"Katakanlah: "Hai hamba-hamba'Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah Sesungguhnya, Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya, Dia-lah Yang MahaPengampun lagi Maha Penyayang." (QS. Az-Zumar: 53)

Dalam ayat tersebut, Allah juga melarang hamba-Nya berputus asa dalam memohon keampunan Allah. Allah mengabarkan pula bahwa Dia akan mengampuni siapa saja yang bertaubat kepada-Nya, baik dari dosa-dosa kecil maupun yang besar. Tidakkah Anda merasa gembira dan bahagia dengan firman Allah s.w.t.,


"Dan, (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau
menganiaya diri mereka sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan keji itu, sedang mereka mengetahui."


Juga firman-Nya,

"Dan, barangsiapa mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian ia memohon ampun kepada Allah, niscaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (QS. An-Nisa': 110)

Firman-Nya yang lain,

"Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar di antara dosa-dosa yang dilarang kamu mengerjakannya, niscaya Kami hapus kesalahan-kesalahanmu (dosa-dosamu) yang kecil dan Kami masukkan kamu ke tempat yang mulia (surga)." (QS. An-Nisa': 31)

Firman-Nya yang lain,

"Sesungguhnya jika mereka ketika menganiaya dirinya datang kepadamu, lalu
memohon ampun kepada Allah, dan rasulpun memohonkan ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang." (QS. An-Nisa': 64)

"Dan, sesungguhnya Aku Maha Pengampun bagi orang yang bertaubat, beriman, beramal salih, kemudian tetap di jalan yang benar."
(QS. Thaha: 82)


KeSimpulannya, selagi hamba itu bertaubat, meminta keampunan dan menyesali perbuatannya, maka Allah akan mengampuninya.

Wallahu a’alam.


No comments:

Post a Comment