Tak fasal-fasal nama Tun Abdul Razak, Perdana Menteri
ke-2 Malaysia dikaitkan dengan pembelian hartanah mewah di New York. Mengikut
cerita media Amerika dan media atas talian Malaysia, Riza Shahriz ini adalah
anak isteri Mohd Najib, Rosmah Mansor dengan suami pertamanya yang dikenali
sebagai Abdul Aziz bin Nong Chik.
Selain Riza Shahriz menjadi penerbit filem Hollywood yang
sedang meningkat naik, dia juga menjadi bahan berita di Amerika kerana dikatakan
telah membeli sebuah apartmen berharga AS$33.5 juta (kira-kira RM110 juta) di
Central Park, New York.
Inilah ayang dikatakan Anak Mak. Mengikut teladan yang
baik bagaimana cara untuk berjimat dengan menabung sejak dari kecil untuk buat
beli sebentuk cincin 3.48 Carat blue-grey diamond berharga USD24.4 juta (RM 73
juta) tanpa membayar cukai.
Berdasarkan standard pemerhatian negara-negara lain,
hidup melebihi kemampuan. Malangnya rakyat Malaysia masih terkial-kial, menggaru
kepala yang tak gatal bagaimana untuk menghadapi tahun 2014. Juga dikenali
Tahun BN (Barang Naik)
Laman
pembocor maklumat Serawak Report semalam melaporkan, anak lelaki isteri perdana
menteri Rosmah Mansor daripada perkahwinan terdahulu yang berusia 36 tahun
membeli seunit kondominium berharga AS$33.5 juta (RM110 juta) di New York.
No comments:
Post a Comment