Gambar Hiasan |
Memang benar bagai dikata, dunia kini tanpa sempadan. Maklumat dapat melalui
dihujung jari malah dari seantero dunia. Jika baik yang dicari, baiklah yang
dapat Begitu jugalah sebaliknya. Apa yang ditulis Oleh Nurul Halifah ada juga
kebenarannya.
Jangan contohi kelakuan yang tak baik ini....
Baru-baru ini,
kita digemparkan dengan berita restoran terkenal di Ipoh ditutup kerana
dikhabarkan tidak mencapai tahap kebersihan yang memuaskan. ‘Kesilapan’ seorang
graduan menganggur mengepos status yang mendakawa restoran berkenaan menggunakan
najis manusia sebagai pelaris restoran itu memberi impak negatif kepada ramai
pihak.
Difahamkan
beliau hanya menyalin status Facebook individu lain dan meletakkan pada
akaunnya. Biarpun bekas pelajar itu tampil memohon maaf kepada pemilik restoran
terbabit dan kes itu dikira selesai, ia tetap tertulis dalam sejarah ‘gempar’
untuk 2013.
Baca berita
penuh di sini.
Ini yang dikatakan tiada kerja, cari kerja. Kalau kerja yang berfaedah dan
bermanfaat kepada orang lain, dapat juga pahala. Jika buat kerja yang tak
pekdah, atau mendatangkan kesusahan kepada orang lain...bukannya dapat
pahalapun, tapi sengaja menambah dosa.
Perlu diingatlah bahawa perkara bermanfaat untuk dikongsi itu membawa
sejuta rahmat kepada orang lain.
Wallahu a’lam.
No comments:
Post a Comment