Monday, December 16, 2013

[8 Foto] Menjejak Pulau Mandela




Inilah Robben Island, atau lebih dikenali sebagai pulau Mandela. Nelson Rohilala Mandela atau Madiba (nama panggilan beliau di kalangan rakyat Afrika) dihantar ke sini untuk dipenjarakan dari tahun 1964-1982, sebelum beliau dipindahkan ke Poolsmoor Prison.

Untuk ke sana, pelawat perlu menaiki feri dari jeti Waterfront di pusat bandaraya Cape Town dengan bayaran 230 Rand atau RM115. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 20 hingga 30 minit. Pemandangan indah Cape Town yang berlatar belakang Table Mountain lebih terserlah sebaik sahaja anda menjejakkan kaki ke feri sewaktu dalam perjalanan ke Pulau Robben.

Bas pelancong membawa pelawat ke sekitar pulau sebelum ke penjara utama (tempat Mandela dipenjarakan). Pelawat dibawa membuat satu pusingan pulau di mana akan melalui kubur lama, kawasan kerahan banduan, sekolah, gereja dan kawasan perumahan kecil yang menempatkan warden dan pekerja penjara. Boleh dikatakan pekan kecil wujud di Robben island.

Sumber dari astro;












No comments:

Post a Comment