Saturday, December 7, 2013

KJ: Rakyat disuruh ikat perut, tapi laporan Audit...

Kesinambungan dari Himpunan yang meriah itu...
 

KJ juga menyentuh isu paling penting anak muda iaitu kos hidup yang semakin tinggi.
Beliau berkata kira-kira 75 peratus anak muda khususnya di bandar berpendapatan kurang RM3,000 tidak mampu mempunyai simpanan.

Justeru beliau mahu kerajaan menaikkan peruntukan untuk Skim Rumah Transit kepada Kementerian Perumahan untuk membina lebih banyak rumah dalam skim sedemikian.

"Peruntukan tambahan ini perlu kerana 600 rumah yang dibina dalam skim ini tak cukup," kata beliau. Dalam soal sama, KJ menyokong penuh penubuhan sebuah jawatankuasa di bawah Ketua Setiausaha Negara untuk bertindak ke atas laporan ketua audit negara.

Menurut beliau, tidak adil meminta rakyat berjimat tetapi pada masa sama pelbagai laporan ketirisan dan rasuah tak dapat dijelaskan.

"Bila lihat laporan ketua audit negara yang tak dapat dijelaskan dan pada masa sama suruh rakyat ikat perut, mereka akan marah dan benci kita.

"Kita mesti hukum dan ambil tindakan ke atas mereka yang ambil rasuah ini," kata beliau.

http://www.malaysiakini.com

@Tak sangka pula mendapat komen gini...




No comments:

Post a Comment