CATARINA |
Rio de Janeiro: Catarina Migliorini, pelajar kolej berusia 23 tahun di
Brazil yang menjadi tumpuan dunia kerana melelong daranya, kini mengiklankan
lagi untuk melelong daranya itu.
Pada masa sama, wanita itu juga menimbang untuk menerima lamaran seorang
jutawan Arab. Pada 2012, seorang jutawan Jepun menawar Catarina AS$780,000
(RM2.6 juta) untuk membeli daranya menerusi lelongan secara online. Bagaimanapun,
urusan jual beli itu gagal dan dia sekali lagi melelong daranya menerusi laman
web VirginsWanted2.com.
Tawaran itu dilanjutkan dari 12 Disember hingga 12 Februari. Catarina juga
berkata, dia menerima lamaran daripada seorang jutawan Arab. Tanpa mendedahkan
identiti lelaki itu, Catarina memberitahu mereka saling berbual menerusi Skype
dan menyifatkan lelaki berkenaan sebagai ‘penganut Islam progresif.’ “Saya
mengambil keputusan untuk meneruskan tawaran itu. Pada masa sama, saya menerima
lamaran daripada seorang jutawan Arab. dan kini menimbangnya kerana ia
membabitkan perkahwinan.
“Memandangkan musim panas menjelang dan sudah tentu banyak parti diadakan,
saya mengambil keputusan untuk melanjutkan lelongan itu bagi sambil menimbang
tawaran itu. “Jutawan Arab itu kelihatan begitu romantik dan menguasai 11
bahasa. Dia berumur antara 35 dan 40 tahun, kacak dan pintar. “Dia tinggal di
rumah agam. Saya melihatnya menerusi skype,” katanya.
Bagaimanapun, menurut Catarina, lelaki itu tidak bersetuju dengan
tindakannya melelong daranya sehingga sanggup menawarkan AS$1.5 juta
(RM4.9juta) kepadanya supaya menghentikan lelongan itu, berkahwin dengannya dan
berpindah ke negara asalnya.
“Dia tidak suka dengan tindakan saya. Dia anggap tidak sesuai kerana saya
cantik, muda, berbakat dan cerdik.
“Dia mahu mengahwini saya dan mencadangkan kami bertemu di Malta supaya
dapat berkenalan lebih rapat.
“Malta negara berkecuali dan saya boleh membawa keluarga saya. Semuanya dia
akan tanggung.
“Saya suka berbual dengannya kerana dia penyayang, romantik dan pintar.
Tetapi saya tidak mahu berkahwin kerana ia membabitkan wang yang banyak. “ Ia
membabitkan perasaan cinta dan saya tidak mahu terikat,” katanya. - AFP
Jika ada ayang ingin membuat tawaran, lihat dulu foto SlideShow yang dipetik dari Lebai Google apa keistimewaan yang beliau ada. Ingatan dari aku, Hubungan perakahwinan itu lebih mulia dan afdal dari menghampiri zina!
No comments:
Post a Comment