Untuk Dijual |
Apabila lelaki kena marah!
Jual Isteri, Motosikal
Virginia: Berdepan dilema gara-gara diberi kata dua oleh isterinya, seorang
pemilik motosikal Harley Davidson mengambil tindakan mengejutkan apabila
menawarkan kenderaan itu serta pasangannya untuk dijual.
Hanya dikenali sebagai Bob, dia dilaporkan dimarahi isterinya kerana
memberi terlalu banyak perhatian kepada motosikal.
Justeru isteri Bob mengugut supaya dia mengubah sikap atau perlu memilih
antara motosikal atau pasangan hidupnya.
Bob kemudian mengiklankan motosikal dan isterinya untuk dijual.
Kata Bob, motosikal Sportster 2006 XL1200L miliknya masih dalam keadaan
baik, manakala isterinya ialah “model 1959” yang juga masih berkeadaan baik
walaupun agak berusia.
Wanita terbabit dilihat tersenyum di sebelah kenderaan itu dengan memakai
kot mewah. Bob membuat tawaran AS$5,900 (RM19,000) untuk pembida berminat. –
Agensi.
@Soalan CepuMas:
Apakah persamaan antara Isteri dan Motorsikal?
a]. Dua-dua boleh bergerak;
b]. Dua-dua boleh mengeluarkan bunyi;
c]. Dua-dua boleh meragam dan makin lama makin antik;
d]. Semua jawapan di atas adalah betul.
Jawapan yang betul ialah;
d]. Semua jawapan di atas adalah betul. Dapat markah
bonos jika ditambah...
Kedua-duanya seronok untuk ditunggang! huhu.
No comments:
Post a Comment