Wanita ini memang seksi. Raut bibir dan gemersik suaranya, dua perkara
seksis yang jelas lagi nyata ada pada sifat luarannya sekalipun tanpa
mendedahkan tubuh.
Biar pun ada mata kurang senang melihat penampilan Nabila Huda Suhaimi, 29,
dia yang penulis kenali sejak 13 tahun lalu, adalah seorang insan yang jauh
daripada hipokrasi.
Berlaku jujur pada diri sendiri adalah kualiti diri paling bernilai yang
harus ada pada setiap seseorang. Andai tidak senang, sesak nafas atau sakit
mata melihat dia, menghakimi bukannya adil.
Senang membahasakan dirinya Abil, kisah hidup wanita dilahirkan pada
tanggal 2 Disember 1984 yang juga anak kepada penyanyi rock tersohor negara,
Amy Search ini penuh cabaran dan liku. Namun dia tabah. Jarang sekali melihat
dia melatah walaupun terkadang kritikan yang dihambur bisa membunuh jiwa raga
mereka yang lemah.
Memilih penerima anugerah Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular
BH 2012 ini sebagai perasmi muka depan RAP sempena wajah baru isu Sabtu hari
ini, rentetan kisah hidupnya bagai ada persamaan dengan perjalanan akhbar ini
yang seawal penerbitannya dilempar berbagai persepsi. -hmetro
No comments:
Post a Comment