Wednesday, December 25, 2013

Kronologi Pembunuhan Model Monggolia Altantuya Shaariibuu




Siapa Altantuya

Altantuya Shaariibuu berusia 28 tahun dari Ulan Bator, Mongolia disyaki ditembak mati sebelum mayatnya diletupkan dengan tiga butir bom tangan di Empangan Tasik Subang, Puncak Alam, Shah Alam, Selangor, Malaysia.

Altantuya tinggal dan dibesarkan di St Petersburg, Rusia sehingga berusia 12 tahun dan mendapat pendidikan di Beijing, China. Dia menguasai bahasa Inggeris, Rusia, Mandarin dan Mongolia.

Altantuya Shariibuu bekerja sebagai guru siswazah dan penterjemah dan jurubahasa di Ulaan Bator. Altantuya Shariibuu juga bekerja dengan beberapa agensi pelancongan dan sebagai model sambilan. Beliau sering ke luar negara selaku model sambilan.

7 / 8 Oktober 2006 Altantuya ke Malaysia bersama adik perempuan dan sepupunya mencari Razak Baginda , bapa kepada bayi lelakinya yang berusia 16 bulan. Anak kecilnya bernama Altanchagai. Altantuya mahukan Razak Baginda membiayai kos rawatan lebihan cecair di kepala Altanchagai.


Altantuya Tuntut Duit
17 Oktober 2006 Altantuya datang ke rumah Abdul Razak di Damansara. Altantuya telah buat kecoh dan polis telah membawanya ke Balai Polis Brickfield. Altantuya berhenti di kaunter depan dan seperti hendak membuat laporan polis. Ang Chong Beng mengheret Altantuya keluar dahulu dan buat perundingan yang menguntungkan 'menang menang' terlebih dahulu.

Altantuya telah menuntut USD500,000 dan tiga tiket penerbangan ke Mongolia daripada Abdul Razak. Tuntutan itu ketika Balasubramaniam, penyiasat persendirian Ang Chong Beng dan Balasubramaniam berada di luar Balai Polis Brickfield antara jam 11.00 - 12.00 malam. Altantuya menuntut wang itu selepas Ang Chong Beng memujuk Altantuya tidak membuat laporan polis mengenai Abdul Razak. Balasubramaniam setuju akan memaklumkan kepada Abdul Razak dan akan memaklumkan semula kepada Ang Chong Beng melalui telefon jika ada perkembangan lanjut.

19 Oktober 2006 sekitar 7.20 malam Altantuya dan 2 teman wanita melintasi rumah Abdul Razak di Damansara. Altantuya datang dengan teksi tapi tidak berhenti. Balasubramaniam yang berkawal di rumah Abdul Razak, telah menelefon Abdul Razak.

Ketika itu Abdul Razak tiada di rumah kerana keluar berbuka puasa dan meminta supaya Balasubramaniam mengawasi rumahnya. Dia hendaklah menghantar SMS jika Altantuya datang ke rumahnya.

Setengah jam kemudian ( 8.00 ) Altantuya datang semula dengan teksi seorang diri, tanpa 2 teman wanita lain.

Altantuya telah bercerita dengan Balasubramaniam tentang 'nasib malang'nya . Abangnya suruh ugut Abdul Razak konon menebus apartmen di Mongolia yang dipertaruhkan dalam perjudian. Ibunya mengidap mengidap penyakit barah dan terlantar di hospital. Altantuya memberitahu dia tiada wang untuk membayar bil-bil penginapan di Hotel Malaya.

Altantuya marah-marah di depan pagar rumah Abdul Razak dengan kata-kata: "You bastard, come out I want to see." Tapi Abdul Razak tak keluar-keluar.

Selepas kecoh, Altantuya dibawa pergi dengan kereta peronda polis tanpa paksaan, tetapi sukareka masuk ke dalam kereta peronda polis. Polis itu membuat satu panggilan telefon, tapi tak tahu kepada siapa.


Altantuya di Bunuh
Kes Pembunuhan Altantuya Shaariibuu adalah kes pembunuhan berprofil tinggi yang berlaku di Malaysia. Di dalam kes ini, seorang rakyat Mongolia, Altantuya Shaariibuu dibunuh secara kejam di kawasan berdekatan Shah Alam, Selangor, Malaysia. Enam orang ditahan dan disiasat berhubung dengan kejadian ini. Kes ini berprofil tinggi kerana ia melibatkan Abdul Razak Baginda, seorang yang rapat dengan perdana menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak.


Mayat Altantuya di C4
Mayat Altantuya Shaariibuu telah dijumpai secara ngeri di lokasi antara lot 12843 dan lot 16735, Mukim Bukit Raja, berdekatan Shah Alam, Selangor di antara pukul 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006. Mayatnya ditemui pada 7 November 2006 iaitu 17 hari selepas dia diletupkan dengan bahan letupan C4.

Lokasi itu berdekatan dengan Empangan Tasik Subang. Beliau merupakan model sambilan dari Ulan Bator, ibu negara Mongolia, utara China. Cebisan mayat Altantuya ditemui bertaburan berhampiran Empangan Tasik Subang di Hutan Simpan Puncak Alam, Shah Alam, Selangor.

Pakar patologi mengesahkan cebisan mayat itu milik Altantuya dan disyaki dibunuh dengan letupan C4 iaitu probable blast related injuries (kecederaan berkaitan letupan).


Suspek di Tahan
Enam orang ditahan termasuk Abdul Razak Baginda Cif Inspektor Azilah Hadri (30 tahun) dan Koperal Sirul Azhar Umar (35 tahun). Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar dari Unit Tindakan Khas. Dua lelaki penyiasat persendirian (45 dan 35 tahun ) disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengugut. Majistret Ahmad Solihin Abdul Wahid meluluskan permohonan polis bagi menahan reman dua bekas anggota polis itu dan kini ditahan di Ibu pejabat Polis Kontinjen Malaysia.

Seorang Cif Inspektor dari Unit Tindakan Khas, seorang Lans Koperal wanita dari Kontinjen Polis Petaling Jaya dan seorang konstabel turut ditahan reman 7 hari. Mereka ditahan dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi kes bunuh.

7 November 2006 : Polis merampas sekeping nota dari pejabat Azilah. Nota itu tercatat nama pegawai penyiasat persendirian tertuduh ketiga, alamat tempat tinggal Altantuya, nombor telefon dan namanya.

  • Keterangan saksi-saksi yang melihat pada malam Altantuya dibawa dari rumah Abdul Razak.
  • Rakaman televisyen litar tutup (CCTV) di lobi Hotel Malaya , CCTV di lobi bangunan Getah Asli dan komunikasi melalui telefon.
  • Lokasi letupan ditunjuk sendiri oleh Cif Inspektor Azilah Hadri
  • Keterangan saksi-saksi bahawa Azilah Hadri bersama Sirul Azhar Umar, adalah orang terakhir dilihat bersama dengan Altantuya.
  • Polis merampas beberapa barang milik Altantuya daripada Sirul Azhar. Sepasang selipar Sirul Azhar ada kesan darah simati.
  • Altantuya ada memberitahu rakannya jika dia ' hilang' 2 atau 3 jam pada 19 Oktober 2006 , cepat-cepatlah buat laporan polis dan carilah 'Razak Baginda'.

Azilah dan Sirul Bebas
Pada 23 Ogos 2013, Mahkamah Rayuan melepas dan membebaskan Azilah dan Sirul Azhar daripada pertuduhan membunuh Altantuya. Tiga anggot panel hakim iaitu Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara mengetepikan hukuman mati yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas membenarkan rayuan mereka terhadap pensabitan dan hukuman. Hakim Datuk Md Apandi Ali mengetuai panel tiga hakim yang mendengar rayuan tersebut.

Mahkamah mendapati Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zaki Md Yasin tidak membuat sebarang dapatan mengenai sama ada pihak pendakwa telah membuktikan mengenai kewujudan perancangan awal oleh dua anggota polis itu untuk melakukan pembunuhan dan pembunuhan itu dilakukan rentetan daripada perancangan awal itu.
http://www.malaysiakini.com/news/239077

Happy Ending...



No comments:

Post a Comment