BAITULMAQDIS - Asia Barat mengalami cuaca yang luar biasa apabila ia dilanda ribut salji, menyebabkan kota suci ini diselaputi
salji dan mengalami gangguan lalu lintas.
Sekolah-sekolah juga terpaksa ditutup membuatkan
kanak-kanak dilihat bermain salji dengan gembira.
Suasana ceria di kalangan penduduk tempatan yang sudah
biasa dengan cuaca panas Asia Barat amat dirasai.
Kanak-kanak di Baitulmaqdis bermain di jalan raya, berita
mengenai cuaca menjadi tajuk utama berita sekali gus membenamkan laporan
kerajaan mengenai perang dengan Lebanon pada tahun 2006 yang mungkin memaksa
Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert untuk melepaskan jawatan beliau.
Di Amman, Jordan, perang bebola salji dapat dilihat di
mana-mana sementara di Ramallah. Tebing Barat, anak-anak kecil bermain salji
dan membentuk orang salji.
Salji turun di Baitulmaqdis sekali atau dua kali pada
setiap musim sejuk tetapi suhu seperti sekarang jarang berlaku sehingga
membolehkan salji tidak mencair.
Perkhidmatan cuaca Israel menyatakan, sebanyak 20
sentimeter salji turun di Baitulmaqdis dan pada lewat pagi tadi salji bertukar
kepada hujan. Ramalan kaji cuaca bagaimanapun menjelaskan bahawa suhu mungkin
menurun dan salji akan berterusan sehingga pagi esok.
Salji lebat turut dilaporkan turun di Bukit Golan dan
bandar Safed di utara Israel serta di Tebing Barat.
Penduduk di Ramallah begitu terkejut dan teruja apabila
bangun dari tempat tidur dan mendapati kawasan kediaman mereka diliputi salji. – AP
Lihat foto²
menarik ini;
No comments:
Post a Comment