Kesejahteraan rumahtangga suami isteri adalah terletak
kepada perhubungan suami isteri yang sempurna zahir dan batin dengan penuh
keseimbangan. Kepuasan jimak bagi suami isteri adalah paling penting. Ramai
pakar-pakar motivasi memperkatakan masa yang terbaik untuk membincangkan segala
masalah rumahtangga ialah ketika selepas berjimak, tetapi jika kepuasan bersama
tidak dicapai, bagaimana pula untuk menyelesaikan masalah-masalah lain. Oleh
itu ilmu jimak adalah penting bagi menjaga keharmonian rumah tangga , dan juga
penambahan zuriat kita.
Mengenal Ghairah Faraj, dan Kesediaan Untuk Dijimak.
Untuk mencapai kepuasan yang optimum bagi kedua-dua
pasangan, suami perlu tahu diperingkat manakah faraj itu sedia untuk dijimak.
Ini kerana, jika isteri belum mencapai keghairahannya, dan faraj belum sedia
untuk dijimak, kepuasan sepenuhnya tidak dapat dicapai oleh isteri.
Nafsu Jimak Seseorang Perempuan
Umumnya terdapat 9 tempat nafsu kegairahan jimak
perempuan, dan dari jumlah ini hanya 3 sahaja yang mampu dikendalikan oleh
suami melalui sentuhan dan geselan, iaitu nafsu dalam, nafsu luar dan nafsu badan.
Rahsia Bahagian Kiri Wanita
Setiap wanita adalah kejadian yang kiri, dimana kanan
adalah kekuatannya , dan kiri adalah kelemahannya. Walaupun nafsu isteri
beredar mengikut waktu, tetapi dengan teknik-teknik ransangan sebelah kiri,
pintu nafsu dapat dibuka.
Zakar Yang Sentiasa Bertenaga
Zakar yang sentiasa bertenaga berpunca daripada tubuh
serta minda yang sihat. Saiz zakar tidak penting , yang penting ialah
pengetahuan bagaimana untuk menjaga zakar agar sentiasa sihat dan segar.
Amalkan petua-petua pemakanan penjagaan badan, amalan seharian serta senaman-senaman
untuk menguatkan zakar, dan melambatkan pancutan mani.
Tertib Bergurau Senda Suami Isteri Sebelum Menghampiri
Jimak.
Islam menggalakan umatnya untuk bersenda-gurau ketika
mahu berjimak, semasa berjimak dan selepasnya. Apabila seorang lelaki hampiri
isterinya, hendaklah ia menyukai isterinya dengan bergurau senda kerana
pahalanya besar dan banyak faedahnya. Sebagai seorang suami, beliau patut
mengetahui tempat-tempat yang patut dirangsang pada badan isterinya bagi
menolong mempercepatkan ghairah dan inzal.
Berikut, sebagai panduan adalah tempat rangsangan dan
cara merangsangnya:-
Tempat Rangsangan dan Cara Merangsang;
Telapak kaki kanan - Garu dengan Perlahan
Betis sebelah kanan - Gosok dengan kuat
Lutut kanan - Gosok dengan agak kuat
Peha kanan - Sentuh dengan peha suami
Pada ari-ari dan bibir faraj - Garu kuat pada tepi bibir
faraj
Ketiak - Garu dengan perlahan
Bahagian dada - Dakap perlahan-lahan
Buah dada kanan- Ramas agak kuat
Bibir mulut- Cium dengan agak kuat
Leher - Temukan leher, usap serta cium
Mata - Cium pada mata
Kening - Cium dengan perlahan
Dahi - Cium dengan perlahan pada dahi
Ubun-ubun - Gosok dengan agak kuat
Seluruh tubuh- Dakap usap dan cium
Suami perlu tahu bilakah faraj isteri berada didalam
keghairahan dan bersedia untuk dijimak. Ini penting bagi suami menjimak isteri
tepat pada masanya untuk memastikan nikmat dan kepuasan jimak sepenuhnya dapat
dicapai. Perlu diingat, masa yang diambil oleh faraj untuk ghairah adalah lebih
lama, begitu juga masa untuk mengendur berbanding dengan zakar. Proses
peningkatan ghairah faraj dapat dilihat bilamana ianya mengembang dan menjadi membengkak.
Biji kelentit akan menjadi tegang dan bibir faraj akan membesar. Mazi iaitu
sejenis cecair yang sangat licin dan tidak berwarna akan keluar dari dalam
dinding-dinding faraj. Ianya juga diikuti dengan badan isteri yang
bergerak-gerak serta nafas isteri yang kencang.
Tanda-tanda di atas menunjukkan masa untuk menjimak
isteri telah sampai, maka jalankan kerja-kerja jimak pula. Sebagai ringkasan
nya, tertib-tertib dalam ilmu jimak ini adalah seperti berikut:-
Masa.
Pilihlah masa dan saat yang baik.
Tempat.
Tempat sunyi, cahaya yang tidak terlalu terang, dan tidur
dibawah satu selimut.
Belaian.
Belaian dapat meningkatkan shawat kedua-dua pasangan.
Kesopanan.
Lakukanlah kerja rangsangan dan jimak dengan penuh sopan
dan tidak rakus. Adalah lebih baik bagi suami meminta izin dari isterinya jika
ia hendak mencabut zakarnya dari faraj isteri ketika ataupun selepas jimak.
Pemuasan.
Jika suami inzal dahulu, adalah tanggungjawab suami
menginzalkan isteri dengan menggunakan teknik2 yang lain. Suami perlu tahu
bilakah inzal isteri supaya kedua-dua dapat inzal pada masa yang sama. Secara
amya apabila isteri mencapai inzal yang "teragung", nafasnya semakin
memuncak, badannya menjadi tegang seketika seolah-olah tidak sedarkan diri, dan
tiba-tiba terhenti, badan menjadi kendur semula seolah-olah tali putus. Pada
ketika itu, faraj akan mengemut-ngemut dan dengan kejutan kecil, biasanya
berakhir lebih kurang dua minit. Untuk mengetahui isteri benar-benar puas dari
inzal yang dicapainya, badan isteri akan menjadi sejuk setelah inzal itu.
Doa Sebelum bersetubuh atau yang di dalam Islam disebut
jima’, adalah doa agar dijauhkan dari gangguan syaitan dan berharap hasil atau
anak yang kita harapkan menjadi anak yang soleh dan pastinya berbakti kepada
orang tua. Sebelum melakukan jima’ terhadap isteri, seelok-eloknya bacakan doa
ini,
Doa Bahasa Rumi;
Bismillah, Allahumma jannib nassyaitana wajannibis
syaitana ma raza’tana.
Maksudnya:
“Dengan Nama Allah, ya Allah, jauhkanlah kami dari
syaitan dan jauhkan syaitan agar tidak mengganggu apa (anak) yang Engkau
rezkikan kepada kami.”
Wallahu a’alam.
No comments:
Post a Comment