Penyanyi terkenal Rihanna diarah keluar
dari Masjid Sheikh Zayed di Abu Dhabi setelah mengadakan satu sesi bergambar di
kawasan masjid.
Walaupun memakai hijab dan 'jumpsuit'
serba hitam yang menutup badan beliau, pihak masjid berpendapat ia tidak
menghormati tempat berkenaan sebagai rumah ibadah.
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan
oleh pihak Masjid Sheikh Zayed kepada lawan web The National dari Abu Dhabi, ia
mengalu-alukan pelancong dari seluruh dunia untuk melawat Masjid berkenaan
namun berharap mereka juga dapat mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh
pihak masjid.
"Sekiranya tingkah laku melanggar
kod moral masjid, atau peraturan-peraturan lain - seperti mengambil gambar yang
tidak sesuai, 'pose' yang membelakangkan konteks tempat suci, bercakap dengan
kuat, atau makan - pelawat akan ditegur dengan sopan. Selalunya, mereka akan
menghormati itu."
Gambar-gambar penyayi yang berasal dari
Barbados ini telahpun dimuat naik di laman Instagram beliau dan menerima
pelbagai reaksi.
@dulce_sahara: "Tidak boleh
mengambil gambar di rumah ibadat agama. Ia seperi satu penghinaan"
@doodlesbykitteh: "Ini adalah
masjid, bukan pantai"
@dalaloa: "Anda perlu hormat
kawasan yang anda lawati. Anda fikir anda siapa?"
@azyiezah: "Ri, saya peminat anda
tetapi hormati Masjid dan saya tidak suka gambar ini. Saya masih sayangi
anda."
@thshtkray: "Sudah klik 'Like'.
Gambar yang begitu cantik."
berita dari astro.
No comments:
Post a Comment