Friday, December 13, 2013

Masalah Seksual LELAKI: Dua minit saja ?



Saya seorang yang aktif dan tidak merokok. Malah, saya juga rajin bersenam dan bersukan. Begitupun, sejak beberapa bulan lalu alat kelamin menjadi lembut dan warnanya agak kehitaman.

Paling merisaukan saya, jika ereksi ia hanya mampu menegang selama dua minit saja dan ini menyukarkan saya melakukan hubungan dengan isteri.

Adakah masalah saya ini bersifat sementara dan adakah ubat-ubatan yang boleh membantu mengatasi masalah ini? Harap doktor dapat membantu saya.

AZIM
Terengganu


Sudah tentunya perubahan ini memberi tekanan dan membuatkan anda kurang yakin kepada kemampuan seksual. Jika perubahan cuma beberapa hari dan kemudian kembali seperti sedia kala, anda tidak perlu khuatir kerana ia mungkin disebabkan keletihan atau kurang aktif secara fizikal dan seksual.

Jika perubahan ini kekal dan makin ketara, ia petanda masalah kesihatan. Mengikut kajian pakar, fungsi ereksi yang menurun adalah petanda masalah badan yang kurang sihat. Jika anda tidak merokok dan sering bersenam, perkara yang perlu anda risaukan dan diberi perhatian ialah minum minuman keras, obes atau berat badan yang bertambah.

Ia juga mungkin akibat tertekan atau petanda masalah kesihatan dalaman seperti peningkatan kolesterol dan lemak dalam darah, kekurangan hormon testosterone akibat peningkatan umur selain kenaikan berat badan dan kencing manis.

Sebilangan besar lelaki yang mendapati ereksi mereka kurang aktif dan meragam selepas menjalani pemeriksaan doktor adalah disebabkan glukosa dalam darah mereka tinggi dan kemungkinan mengalami diabetes.

Jadi, segeralah menjalani pemeriksaan doktor untuk mengetahui masalah anda yang sebenar.

Dipetik dari sumber pakarsakittuan.

No comments:

Post a Comment