Tuesday, December 17, 2013

KeMana LELAKI Semua Pergi ??




Itu persoalan yang tidak mungkin ada jawapannya..
Gerun dan sesak nafas bila menghadapi tahun 13 ini. Bagaimana untuk menghadapi tahun milenium 14 nanti??. Tahun yang dikatakan Tahun BN.

2013 tahun sukar pencari kerja

KUALA LUMPUR  - Laporan Tinjauan Kerja JobStreet.com baru-baru ini telah menunjukkan bahawa pencari kerja di negara ini terpaksa berhadapan dengan kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan pada tahun ini berbanding tahun lalu.

Tinjauan itu dibuat berdasarkan petunjuk daripada pandangan para majikan, pelanggan-pelanggan, pengurus dan pengurus kanan syarikat di negara ini yang dijalankan setiap suku tahun.

Daripada laporan itu, hanya 34 peratus daripada para majikan atau koresponden di negara ini berpuas hati terhadap pertumbuhan prospek kerja pada tahun ini berbanding 40 peratus pada tahun lalu. Baca lanjut... >> di sini.


@Kemana semua lelaki ni pergi??
Realitinya, dalam sesebuah IPT, rata2  dipenuhi oleh wanita. Hampir 70 peratus pelajarnya wanita. Seperti kata seorang Ustaz dalam kelas Pengajian Pendidikan Islam di sebuah IPT dalam kuliahnya seramai 28 orang itu. Cuma 3 orang saja studentnya lelaki.

Bila Mak Papak suruh pergi ke Sekolah... “Belajar rajin2, nanti boleh masuk Unibasiti. Kerja besar, kereta besar, rumah besar...”. Tapi malangnya, tak masuk dalam kepala hotak! Ada pula budak lelaki (segelintir) ponteng kelas.. pergi hisap rokok belakang rumah orang, Lepak dekat Cyber Cafe, lepak di Shopping Mall...macam anak orang kaya. Akhirnya bila keluar keputusan peperiksaan akhir, budak pompuan telompat2 gembira la sangat... budak lelaki nyorok dalam jamban! Terasa pedas ke?.. Oleh itu jika sudah tahu ciliapi itu pedas.. janganlah digigit dan terus ditelan...

Samada mahu Percaya atau tidak... Lelaki lebih banyak berada di Pusat Pemulihan dan Penjara! Renung2 kan...

No comments:

Post a Comment