Wednesday, December 11, 2013

Umpan RM300 Jerat Anak Angkat




Dah Ada 3 Pun Tak Cukup !!

Hulu Klang: Dia sudah mempunyai 3 isteri dan 10 anak, namun masih belum puas melayani kehendak nafsu apabila tergamak merogol remaja baru berusia 13 tahun.

Taktik lelaki berusia 55 tahun itu ialah menjadikan mangsa anak angkatnya dan mengumpan dengan wang apabila memberi belanja RM300 sebulan selain selalu menambah nilai kad prabayar telefon bimbit gadis berkenaan.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Maz, 13, berkata, dia mengenali lelaki terbabit yang dipanggil ‘papa’ melalui beberapa rakan sekolahnya tahun lalu. Menurutnya, rakan memberitahu lelaki itu baik hati dan suka mengambil pelajar sebagai anak angkat.

Bagaimanapun, katanya, pada pertengahan Oktober lalu, suspek membawanya ke sebuah hotel di kawasan Selayang, dekat sini, kira-kira jam 8 malam dan memaksanya mengadakan hubungan seks.

Mangsa

“Papa menberi amaran supaya tidak menceritakan kepada sesiapa dan mengulangi perbuatan terkutuk itu 3 hari kemudian di hotel sama. Pada mulanya Papa menyurus saya tidur di hotel kerana hari sudah lewat malam. Saya ikut saja katanya, tak sangka pula dia akan merogol saya”. Maz menceritakan sambil ditemani ayahnya.

Setelah perkara ini diketahui ayahnya, mereka cuba memerangkap suspek. Dengan meggunakan telefon bimbit Maz, dia menghantar mesej untuk berjumpa suspek di restoran.

“Sebaik berjumpa, saya menyoal siasat lelaki itu dan membawanya ke balai polis”. Kata ayahnya.

Maz mendakwa selain dirinya, 2 rakan sebayanya turut menerima wang bulanan dan mereka juga dirogol, namun tidak membuat laporan polis.

Bagaimanapun suspek telah ditahan reman sejak 4 Disember lalu dan meminta remaja lain yang pernah dirogol suspek supaya tampil membuat laporan polis. – hmetro. 


No comments:

Post a Comment