KUALA LUMPUR - Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 yang
memanfaatkan hampir 5.9 juta isi rumah dan dua juta individu bujang akan mula
dibayar pada Februari depan.
Kementerian Kewangan dalam kenyataannya memberitahu,
penerima BR1M sedia ada tidak lagi perlu mendaftar untuk kali kedua, sebaliknya
boleh membuat pengemaskinian maklumat bagi memasukkan data peribadi terkini
merangkumi alamat, ahli keluarga dan maklumat akaun bank.
"Bagi pemohon baharu, mereka boleh mendaftar secara
dalam talian atau manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2014 bermula 23
Disember ini dan berakhir 31 Januari depan,'' menurut kenyataan tersebut di
sini hari ini.
Borang permohonan BR1M 2014 boleh didapati secara percuma
mulai tarikh yang dijadualkan di pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga
Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Pembangunan Persekutuan, Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM) atau memuat turun melalui laman sesawang LHDN
Menurut kenyataan kementerian itu lagi, kriteria program
BR1M 2014 telah ditambah baik antaranya kategori isi rumah berpendapatan
bulanan RM3,000 dan ke bawah, nilai bantuan ditingkatkan daripada RM500 kepada
RM650.
Sebagai tambahan, kategori bantuan juga diperluaskan kepada
isi rumah berpendapatan bulanan di antara RM3,001 dan RM4,000 sebulan dengan
jumlah bantuan RM450.
Selain itu, kerajaan turut memperkenalkan caruman i-BR1M
bernilai RM50 kepada penerima isi rumah BR1M dengan jumlah perlindungan
maksimum sehingga RM30,000 sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.
Warga emas yang berumur 60 tahun ke atas pula akan
menerima kenaikan jumlah BR1M iaitu daripada RM500 kepada RM650.
Sementara itu, bagi kategori bujang berumur 21 tahun dan
ke atas dengan pendapatan bulanan tidak melebihi RM2,000, bantuan akan
ditingkatkan daripada RM250 kepada RM300.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian hotline
1-800-88-2716 dari pukul 9 hingga 5 petang, Isnin hingga Jumaat bermula 23
Disember ini. –Utusan.
KLIK Gambar Untuk Daftar
KLIK Gambar Untuk Daftar
No comments:
Post a Comment