Saturday, September 14, 2013

AWAS! Kontroversi AES Akan Diteruskan



Saya yang sedia berkhidmat!
Kerja 7 hari seminggu, 30 hari sebulan
Tanpa cuti dan tanpa amik MC!


Setelah berdolak dalik akhirnya disahkan perlaksanaan kamera AES akan diteruskan jua, walaupun sebelum ini hangat diperkatakan, bahawasanya ini akan menambahkan lagi beban rakyat yang sememangnya telah terbeban!


Pada aku kira okay sebab sendiri buat salah, sendiri tanggung! (mesti ramai yang marahkan aku kan? Ya lah itu pendapat aku... sebab sayang gak rm300 tu, boleh buat benda lain.. Lainlah macam DS Shahidan Kassim, ada terbaca..masa jadi MB Perlis dulu, dapat 38 saman sebulan, sebab drebar dia bawak laju kejar masa sebab nak bermesyuarat mustahak di KL katanya.)

Ikuti berita ini;

KUALA TERENGGANU - Operasi dan penguatkuasaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) kini dikendalikan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata perkara itu sudah berkuat kuasa dan membabitkan semua lokasi AES sedia ada.

"Saya ingin mengesahkan bahawa AES telah diserahkan secara rasmi kepada PDRM," katanya kepada pemberita selepas melawat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu, di sini hari ini.

Beliau ditanya mengenai desas-desus bahawa AES akan diserah kepada polis apabila urusan pengambilalihan daripada syarikat swasta seperti yang diumum oleh kerajaan baru-baru ini selesai.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika mengumumkan perkara itu bulan lepas, berkata kerajaan membuat keputusan mengambil alih AES selepas mendapat maklum balas daripada jawatankuasa pemandu yang ditubuhkan bagi meneliti isu tersebut.

Setakat ini sebanyak 14 kamera AES beroperasi di seluruh negara kecuali di Melaka.

AES yang dikuat kuasa sejak Sept tahun lepas ialah sistem kamera automatik berteknologi tinggi yang dipasang di lokasi yang dikenal pasti sering berlaku kemalangan.

Sistem itu antara lain bertujuan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya selain meningkatkan keberkesanan dan kecekapan sistem penguatkuasaan. - Bernama


Bagaimana boleh kena ni?

Dari kelajuan yang dihadkan, biasanya 110km/h, tetiba diturunkan ke 90/80/70 atau 60km/h. Ramai yang terperangkap kerana tiada diletakkan tanda amaran!. Setelah dibantah, barulah pihak pengendali meletakkan tanda amaran itu... pada yang beringat, selamat rm300.

Ikut dari pemerhatian aku, apabila sampai di lokasi kamera, ramai pemandu (selalunya kereta mewah. Kereta harga rm300,000 nak lari 80km/h ke?) perlahankan kenderaan mereka. Lepas tu pecut balik... huhu.

Lokasi pemasangan terkini

Speed Light Cameras

1. Km 7 Jalan Maharajalela (Federal Route 58), Teluk Intan (90 km/h, 56 mph)
2. Km 376 Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Utara (E1), Slim River (110 km/h, 68 mph)
3. Km 91 Jalan Ipoh—Butterworth (Federal Route 1) (60 km/h, 37 mph)
4. Km 85.5 Jalan Ipoh—Kuala Lumpur (Federal Route 1) (90 km/h, 56 mph)
5. Km 376 Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Utara (E1), Taiping North (110 km/h, 68 mph)
6. Km 7.7 Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban (E2), Sungai Besi, Kuala Lumpur (80 km/h, 50 mph) sepanjang Persiaran Timur, Putrajaya (80 km/h, 50 mph)
7. Km 301.9 Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Selatan (E2), Kajang (90 km/h, 56 mph)
8. Sepanjang Lebuh Sentosa, Putrajaya (70 km/h, 43 mph)
9. Km 6.6 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (Phase 1, E26) (90 km/h, 56 mph)

Kawasan Kemalangan Maut

10. Km 26 Jalan Ipoh—Kuala Kangsar (Laluan Federal 1) (Sungai Siput)

Kamera Lampu Merah

11. Jalan Pasir Putih, Ipoh near TNB
12. Sepanjang Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur
13. Sepanjang Jalan Ipoh, Kuala Lumpur


Dimana kamera AES yang akan dipasang untuk merakam aksi anda?

Untuk pemasangan AES Region A iaitu di utara semenanjung dan juga di Sabah Sarawak adalah : 

- Lampu isyarat di Perlis sebanyak 10 buah AES.
- Lampu isyarat di Kedah sebanyak 26 buah.
- Lampu isyarat di Pulau Pinang sebanyak 18 buah.
- Di Perak pula, sebanyak 26 buah lampu isyarat. 2 buah AES telah dipasang di KM 26 Jalan Ipoh Kuala Kangsar dan juga di Jalan Pasir Putih.
- Lampu isyarat di Kelantan sebanyak 16 buah AES.
- Lampu isyarat di Sarawak sebanyak 10 buah.
- Manakala di Sabah pula sebanyak 12 buah.
- Akhir sekali di Labuan, sebanyak 7 buah AES akan dipasang.

Untuk Region B, pemasangan AES mengikut lokasi negeri di selatan adalah :
- Lampu isyarat di Kuala Lumpur sebanyak 12 buah. 2 buah AES telah dilaksanakan di Jalan Ipoh dan juga Jalan Klang Lama.
- Lampu isyarat di Putrajaya sebanyak 9 buah.
- Lampu isyarat di Selangor pula sebanyak 38 buah.
- Lampu isyarat di Negeri Sembilan sebanyak 18 buah.
- Lampu isyarat di Melaka sebanyak 9 buah.
- Di Johor pula sebanyak 32 buah di setiap lampu isyarat.
Pahang sebanyak 7 buah.
Akhir sekali di Terengganu, sebanyak 20 buah AES akan dipasang di lampu isyarat.

Klik untuk baca info tentang AES [di sini].


@Kata Nama Abadi, Ikut jer kalau sayangkan rm300 untuk satu saman..
1 saman = rm300
10 saman =rm3,000
100 saman =rm30,000!... woit! Tak ada cara lain ke nak mentedarah duit rakyat!

No comments:

Post a Comment