Tuesday, September 10, 2013

Erra Fazira Tunggu Masa Dedah Spekulasi Rumahtangganya!




KUALA LUMPUR, 9 SEPTEMBER 2013: Sehingga hari ini, belum lagi terurai segala kekusutan yang melanda rumahtangga aktres jelita, Erra Fazira dan Engku Emran.

Namun Erra Fazira ketika ditemui portal murai.com.my menjelaskan bahawa perkara itu bukanlah disengajakan. Erra Fazira ternyata miliki cara tersendiri untuk menyelesaikan dilema yang dilaluinya itu dan dalam masa yang sama mencari masa yang paling sesuai untuk memperbetulkan keadaan.

Kata Erra Fazira, dia kecewa apabila kisah peribadinya diperkatakan dan cerita yang ditokok tambah bagi memburukkan lagi keadaan. Lebih menyukarkan lagi keadaan apabila ianya tidak bertemukan dengan sebarang jalan penyelesaian.

Sebagai anak seni, Erra akur dengan lumrah yang menjadi asam garam kehidupan. Malah dia cuba sibukkan diri, serta mencari masa yang sesuai untuk tampil memperjelaskan segala persoalan yang timbul sebelum ini.

"Buat masa ini saya sibukkan diri dengan penggambaran drama untuk mengelakkan daripada terbeban dengan memikirkan perkara yang melibatkan peribadi saya yang menjadi bualan umum.

"Baru-baru ini saya mengikuti produksi Erma Fatima ke Eropah untuk beberapa siri drama dan telemovie. Malah, bukan baru-baru ini sahaja kehidupan rumahtangga saya jadi bualan, tetapi sudah lama.

"Saya tidak mahu ianya menjadi penyebab atau mengganggu kerjaya saya. Jadi lebih baik saya sibukkan diri sementara menunggu waktu yang sesuai memperjelaskan agar semua yang selama ini ditokok tambah akan dapat diperbetulkan semula.

"Lagipun siapa mahu terus berhadapan dengan situasi sebegini?," katanya.

Tambah Erra lagi, dia sedar bahawa dia masih berhutang penjelasan mengenai hal rumahtangganya dengan umum.

Tetapi dia percaya, apabila tiba waktunya nanti, pasti semuanya akan diperjelaskan. Tidak elok rasanya menggantung orang tidak bertali (tentang perkahwinannya). Kerana itu, saya menanti waktu yang paling tepat untuk bercakap pasal perkara ini.

"Apabila semuanya jelas saya tidak mahu lagi bercakap pasal perkara ini," ujar Erra dalam nada yang tegas apabila kisah rumahtangganya terus menjadi perbualan umum.


  

No comments:

Post a Comment