Tuesday, September 10, 2013

Amy Search Anggap Petunjuk Kecil Dari Tuhan Untuk Nabila




KUALA LUMPUR: Susulan daripada kemalangan yang menimpa pelakon Nabila Huda semalam, bapa kepada aktres berkenaan iaitu Amy Search hanya mengetahui mengenai kemalangan berkenaan petang semalam selepas dihubungi rakan Nabila.

Bercakap kepada portal murai.com.my sebentar tadi, Amy Search berkata dia baru sahaja pulang daripada melawat anak dan cucunya di hospital.

"Sebaik saja selepas menerima panggilan dari kawan Nabila, barulah saya terima panggilan daripada Nabila sendiri. Kalau nak tahu, saya baru saja pulang dari hospital untuk melawat mereka.

"Keadaan buat masa sekarang semuanya tenang. Nabila hanya cedera ringan, tetapi cucu saya, Keisha Laila ditahan di dalam wad kerana dia perlu menjalani X-tray kerana tangan kirinya retak.

"Sewaktu kemalangan, saya diberitahu bukan Nabila yang memandu sebaliknya kawan Nabila, Syazwan yang memandu kereta tersebut," kata Amy.

Dalam pada itu, Amy nampaknya lebih memihak terhadap komen yang ditulis bekas suami Nabila iaitu Eddie di laman Twitternya lelaki berkenaan.

"Kalaus saya berada di pihak Eddie, saya tidak mahu membawa anak saya pergi ke tempat kerja. Namun, benda sudah jadi. Lagipun saya tidak tahu menahu sama ada Nabila sebelum ini, pernah bawa Keisha ke tempat kerja atau pun tidak.

"Tapi, kalau dia bawa pergi melancong itu memang ada. Dengan apa yang terjadi sekarang ini, Nabila kena ambil tahu segala macam perkara. Apapun ini adalah peringatan buat penjaga itu sendiri.

"Bagi saya, ini adalah petunjuk kecil dari Allah untuk Nabila," jelas Amy yang amat risau keadaan cucunya itu.


Berita terdahulu..


No comments:

Post a Comment